Suami Paksa Elyana Kembali Berlakon
Lama juga kan kita tidak mendengar kisah terbaru tentang penyanyi dan juga pelakon yang pernah menjadi kegemaran ramai ketika satu masa dahulu. Kini Elyana kembali untuk aktif dalam dunia seni selepas dipaksa suami. Bukan apa, menurut Elyana beliau digalakkan suami untuk kembali meneruskan minatnya dalam dunia seni kerana takut beliau bosan duduk di rumah selepas empat tahun menyepikan diri selepas berkahwin dan kini mempunyai seorang anak. “Selepas berkahwin dan hamil keputusan untuk memperlahankan kerjaya datang dari diri sendiri kerana ingin melihat anak membesar depan mata sendiri. Kini anak kami sudah pun berusia empat tahun dan dia banyak memberi galakkan supaya saya kembali aktif kerana mahu saya bersemangat dan meneruskan minat dalam bidang seni,” ujar Elyana.
Elyana bakal muncul dalam drama bersiri 60 episod berjudul Keluarga Karaoke yang turut dibintangi oleh ramai pelakon hebat lain seperti Raja Ema, Sherry Ibrahim, Elfaeza Ul-Haq, Zarina Zainuddin, Beego dan Dazrin Kamarudin. Ini adalah drama bersiri keempatnya setelah berjaya dengan watak-watak komedi dan antagonis menerusi drama bersiri Dunia Baru, Renjis dan Kamelia Katrina. Beliau turut menambah yang kini lebih yakin untuk kembali aktif selepas anaknya Cinta Sumaiyah berusia 4 tahun kini sudah pun memulakan pembelajaran di peringkat pra-sekolah dan Elyana juga bakal muncul dengan album penuh baru tidak lama lagi. |
krustykrab replied at 28-1-2015 11:06 AM
suami paksa? suami takde duit dah ke?
ADVERTISEMENT