Wakil daripada lima NGO yang membuat laporan polis membantah akta baru bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001. Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, berkata, laporan polis dibuat bagi cadangan itu dan tidak sepatutnya menjadi isu untuk diperdebatkan di parlimen oleh kementerian berkenaan. Gabungan NGO yang terdiri daripada IRIMM, IKHLAS, ARC,PERMAS dan Majlis Bendahara Malaysia membuat laporan polis di Jalan Dang Wangi pagi ini bagi meminta menteri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim untuk menarik balik kenyataannya.
“Rakyat di seluruh negara marah dengan kenyataan itu. Ibu akan rasa sedih sebab merotan anak untuk pengajaran tapi mereka pula boleh ambil tindakan kepada ibu bapa untuk dipenjarakan. “Inilah anak derhaka dan jangan dibincangkan lagi, kita teruskan tradisi rakyat Malaysia,” ujarnya kepada pihak media di hadapan Balai Polis Dang Wangi. Tambahnya, rotan yang digunakan untuk mengajar anak tidaklah besar seperti yang digunakan di penjara. “Apa yang dikatakan oleh Rohani amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan majoriti ibu bapa di atas kenyataannya. Budaya di negara ini tidak sama seperti budaya negara luar. “Malah, Islam mengajar ketika usia anak tujuh tahun perintah bersembahyang dan ketika 10 tahun rotan di tapak kakinya dengan kaedah tertentu,” ujarnya sambal demontrasi cara untuk merotan yang dibenarkan dalam Islam. Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay pula berpandangan menteri berkenaan di minta tidak terlalu tunduk dengan perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). “Merotan adalah satu bentuk pengajaran dan peringatan kepada anak-anak bukan merotan untuk menganiaya, mendera atau mendatangkan tekanan emosi kepada anak. “Janganlah terlalu mengikut CRC yang bertentangan dengan amalan masyarakat Islam di negara ini lebih-lebih lagi majoriti masyarakat negara ini yang menjadikan merotan salah satu cara mendidik anak. “Budaya mendidik anak-anak di negara Asia dan Eropah jauh berbeza. Kita tidak mahu melahirkan generasi remaja yang hilang rasa hormat kepada ibu bapa apabila tindakan ibubapa boleh dicabar di mahkamah. “Di negara ini sudah ada Akta Kanak-Kanak 2001 sudah memadai bagi memastikan kanak-kanak tidak didera oleh ibu bapa dan penjaga mereka,” ujarnya. Rohani sebelum ini mengumumkan akta baru bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan, antara lain memasukkan hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka. Menurut Rohani, kerajaan tiada pilihan selain menjadikan merotan sebagai satu kesalahan kerana Malaysia adalah antara negara yang menandatangani perjanjian CRC.
|
“Inilah anak derhaka dan jangan dibincangkan lagi, kita teruskan tradisi rakyat Malaysia,” ujarnya kepada pihak media di hadapan Balai Polis Dang Wangi.
Tambahnya, rotan yang digunakan untuk mengajar anak tidaklah besar seperti yang digunakan di penjara.
ADVERTISEMENT