CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Ngo Lapor Polis Kes Zaidi Sebut 'Keling'

3-12-2014 03:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12505| Komen: 92

Description: Beliau Mendesak Agar Polis Menyiasat Zaidi Mengikut Akta Hasutan Dan Juga Seksyen 504 Kanun Keseksaan Kerana "Sengaja Menghina Dengan Niat Untuk Menjejaskan Keamanan”.
Ngo Lapor Polis Kes Zaidi Sebut 'Keling'

Satu NGO akan membuat siri laporan polis ke atas ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Zaidi Mohd Said atas ucapannya yang didakwa menghina masyarakat India semasa perhimpunan Agung parti berkenaan minggu lalu.

NGO Tamilar Action Force (TAF) memulakan kempen itu dengan satu laporan polis di Klang pada petang ini.

“Ini bukan hanya demi masyarakat India, tetapi buat semua,” kata jururcakapnya, S Barathidasan kepada Malaysiakini.

Setiausaha agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) itu berkata, istilah “keling” yang digunakan oleh Zaidi dalam ucapan tersebut “menyakiti dan menghina” seluruh masyarakat India di Malaysia.

“Zaidi bukan hanya menghina masyarakat India tetapi juga (menjejaskan) keharmonian di negara," kata Barathidasan.

Beliau mendesak agar polis menyiasat Zaidi mengikut Akta Hasutan dan juga Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana "sengaja menghina dengan niat untuk menjejaskan keamanan”.


Katanya lagi, kenyataan Zaidi itu juga menunjukkan bahawa perwakilan Umno tidak menghormati komponen BN lain dan juga seruan pemimpin parti untuk tidak membangkitkan isu sensitif semasa perhimpunan itu.

Dalam ucapan kontroversi itu, Zaidi antaranya berkata:

“Kita amat tidak bernasib baik kerana kita kalah dengan amat teruk di kawasan kerusi parlimen... yang kerusi, DUN, kerusi, peti undi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

“Jadi ini menunjukkan bahawa Melayu Pulau Pinang tak kiralah mamak ke, keling ke, menyokong Umno di Pulau Pinang."

14

Bagus
10

Marah
20

Terkejut
10

Sedih
19

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 2-12-2014 11:06 PM
Aikkk?? Kan dah jadi malaysian... Kenapa nk panggil india/indian?
Quote kentel 2-12-2014 11:15 PM
nalis posted on 2-12-2014 11:06 PM
Aikkk?? Kan dah jadi malaysian... Kenapa nk panggil india/indian?

takde pun dalam ic dia tulis malaysian..tetap dia tulis cina/india/melayu/bumi..
Quote ~anya~ 2-12-2014 11:23 PM
Kesentapan hendia...:lol
Quote the_killer 2-12-2014 11:31 PM
klo rakyat malaysia keturunan india..nak panggil depa apa?
Quote slavehunter 2-12-2014 11:35 PM
Actually apa maksud keling yea? Ada sapa2 boleh explaint tak? Ke sebab gelang kaki yg bunyi kling kling kling???
Quote kelana36 2-12-2014 11:36 PM
kat melaka nama tempat Tanjung Kelly Ng tu dah tukar nama ker blum?
Quote freebird 2-12-2014 11:40 PM
kelana36 posted on 2-12-2014 11:36 PM
kat melaka nama tempat Tanjung Kelly Ng tu dah tukar nama ker blum?

belum, sebab melaka tu kubu kuat ameno...
Quote Orange1 2-12-2014 11:57 PM
Eloklah sgt pemimpin bg ucapan guna perkataan racist dasar mentality dunia ketiga sgt.
Quote PerKasa 2-12-2014 11:57 PM
keling tak boleh sebut
nanti huru hara dia buatnya
org UMNO dilarang guna Keling
krn keling satu perhinaan buat kaum yg bukan namanya keling
jadi tolong jgn panggil keling'

Tanjung keling kat Melaka pun jgn sebut
tak boleh sebut Keling jika nak pergi ke Tanjung Keling
zaman dulu mereka panggil keling pun tak boleh
zaman sekarang pun tak boleh sebut keling

Nasib baik saya tak guna perkataan keling
Pariah pun tak boleh
foremer tolong jangan guna keling ok

satu negara tolong jgn guna keling

ada sorang tu nama dia keling tu pun tak boleh sebut

jika nak panggil dia jgn pangil keling

no keling please ok




Quote PerKasa 2-12-2014 11:58 PM
PerKasa posted on 2-12-2014 11:57 PM
keling tak boleh sebut
nanti huru hara dia buatnya
org UMNO dilarang guna Keling

http://en.wikipedia.org/wiki/Keling

jgn klik di atas
Quote vandergooh 3-12-2014 12:01 AM
slavehunter posted on 2-12-2014 11:35 PM
Actually apa maksud keling yea? Ada sapa2 boleh explaint tak? Ke sebab gelang kaki yg bunyi kling kl ...

akak pernah terbaca... keling ni gelaran bagi india muslim yg sekarang kita panggil mamak.. mereka inilah keling yg sebetulnya.. disebabkan itulah kaum india hindu amat marah dipanggil keling kerana mereka india hindu, bukan keling... contoh sebahagian mamak2 dalam UMNO yg ramai berasal dari pulau pinang, mereka inilah keling....
Quote slavehunter 3-12-2014 12:05 AM
vandergooh posted on 3-12-2014 12:01 AM
akak pernah terbaca... keling ni gelaran bagi india muslim yg sekarang kita panggil mamak.. mereka ...

Oooo ok...tq2...
Quote kelana36 3-12-2014 12:08 AM
vandergooh posted on 2-12-2014 08:01 PM
akak pernah terbaca... keling ni gelaran bagi india muslim yg sekarang kita panggil mamak.. mereka ...

padalah kaum ni lah yang claim mereka pun  melayu, terus diterima masuk UMNO. boleh pegang tabung haji pulak tu..
anak kanjur ketua bahagian kat melaka tu apa kabar?  dia tak marah pulak..
sitanggang betul depa ni.. macam kapur lupakan sireh..
Quote Orange1 3-12-2014 12:10 AM
Yg aku phm ke ling tu panggillan utk kaum india, sepatutnya org india/indian. N org india pun tak suka dipanggil ke ling, dorg rasa dihina n perkataan tu mmg racist pun sbb tu melayu suka sebut, melayu kan mmg suka n juara bab2 ejek, hina org, pandang rendah n cari gaduh dgn org lain ni.  Aku tak phmlah kenapa ummah melayu isle rasa its ok to insult others, kenapa tak just respect saja perasaan org n jgn panngil dgn panggilan yg org tak suka? Susah sgt ke nak buat? Malulah ada mak bapak mcm ni, anak2 dgr anak2 pulak buat, gila betul mentality sakai2 ni.
Quote dubuk 3-12-2014 12:20 AM
siapa yang memulakan perkataan itu

apa sejarahnya
Quote Orange1 3-12-2014 12:39 AM
dubuk posted on 3-12-2014 12:20 AM
siapa yang memulakan perkataan itu

apa sejarahnya

Aku pun tak pasti tp adalah tu asal usulnya. Pokoknya skrg kaum india tak suka dipanggil dgn gelaran tu dorg rasa dihina tp kaum melayu isle suni sapie semakin menjadi2 memanggil dgn perkataan tu, siap boleh cari mcm2 alasan utk panggil kaum india dgn gelaran tu, nampak tak kesyumulannn ummah suci kita?
Quote vandergooh 3-12-2014 12:59 AM
kelana36 posted on 3-12-2014 12:08 AM
padalah kaum ni lah yang claim mereka pun  melayu, terus diterima masuk UMNO. boleh pegang tabung  ...

semua tuh untuk reverse psychology ajer dik bila mengaku melayu dan masuk UMNO, malangnya mereka ni bermaharajalela sekarnag ni... benci betul akak.. contoh masjid kapitan keling... bermaksud masjid kapitan india muslim.. yg berasal dari india... sebab tu india hindu marah, mereka bukan beragama islam, mereka hindu kenapa panggil keling... dan selayaknya melayu2 celup ini sepatutnya dipanggil keling dan mereka tak boleh marah... bukan kepada hindu....

insult hindu adalah paria... itu mereka marah sebab paria bermaksud hindu kelas bawahan... keling pula india muslim aka mamak kelas bawahan...
Quote dubuk 3-12-2014 01:00 AM
Orange1 posted on 3-12-2014 12:39 AM
Aku pun tak pasti tp adalah tu asal usulnya. Pokoknya skrg kaum india tak suka dipanggil dgn gelar ...

betul. masing masing boleh saja mendisplinkan diri untuk TIDAK mengatakan apa yang orang tidak suka

ini awal awal dah tunjuk tak ada jati diri

Quote Orange1 3-12-2014 01:05 AM
dubuk posted on 3-12-2014 01:00 AM
betul. masing masing boleh saja mendisplinkan diri untuk TIDAK mengatakan apa yang orang tidak suk ...

Mmg mcm takde jati diri pun, sesama melayu pun diejeknya, habis rupa paras saiz badan warna kulit org menjadi mainan mulut utk menghina n membuli org lain sesama bangsa, apatah lagi pd bangsa lain lagilah takde hormat, perangai ummah ni mcm tak sesuai je isle sbg agama paling suci , molia n benar.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.087694 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top