Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mempercepatkan pembentangan Rang Undang-undang Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 untuk bacaan kali kedua dan ketiga semasa sesi persidangan Parlimen sekarang. Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 perlu disegerakan memandangkan peningkatan jumlah kes penderaan kanak-kanak di negara ini. "Ibu bapa, penjaga, dan mana-mana orang dewasa harus diberi kesedaran bahawa pindaan undang-undang itu akan mengenakan tindakan lebih tegas ke atas mereka yang mendera atau mengabaikan kanak-kanak. Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada Disember tahun lepas.
Lee mencadangkan undang-undang harus dapat menangani secukupnya isu-isu berkaitan pornografi kanak-kanak memandangkan eksploitasi kanak-kanak seperti pelacuran kanak-kanak dan pornografi meliputi membuat, memiliki dan menyebarkan bahan-bahan lucah kanak-kanak juga ditafsirkan sebagai penderaan kanak-kanak.- CARI Infonet Berita selanjutnya: mstar.com.my/
|
4
![]() Bagus |
6
![]() Marah |
6
![]() Terkejut |
5
![]() Sedih |
6
![]() Lawak |
1
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
2-12-2023 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.029057 second(s), 32 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.