Datuk 'Terlajak Laris' Nafi Terdapat Kesilapan Kontrak Produk Fasha Sandha PETALING JAYA: Pengasas rangkaian produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 26, memberitahu dia hanya bertindak sebagai penasihat kepada produk kosmetik terbaharu pelakon Fasha Sandha yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Bagaimanapun, Aliff yang dikenali dengan tagline 'terlajak laris' berkata, pihaknya tidak menjalinkan kerjasama atau mengikat sebarang kontrak dengan syarikat milik pelakon wanita itu bagi pengeluaran produk tersebut. "Saya dengan Fasha berkawan sejak lima tahun lalu dan dua tahun lalu dia ada menyatakan hasrat untuk mengeluarkan produk jenamanya sendiri dan meminta pandangan dan idea daripada saya sahaja. "Saya beri nasihat itu hanya atas dasar kawan dan kami tidak mengikat sebarang kontrak atau bekerjasama untuk penghasilan produk tersebut. Saya tidak mengeluarkan wang untuk perkara itu dan tiada kena mengena langsung dengan produk tersebut," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa. Aliff Syukri berkata demikian ketika diminta mengulas kononnya beliau menjalinkan kerjasama bagi menghasilkan satu jenama produk baharu bersama Fasha Sandha. Khabar angin mengatakan berlaku kesilapan kontrak berhubung perjanjian berkenaan. Dalam pada itu Aliff menafikan perkara tersebut dan menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah berniat untuk mengambil Fasha sebagai duta kepada mana-mana produk keluarannya. Jelasnya, sejak mengusahakan pruduk keluaran D'Herbs Healthy beliau lebih selesa menggunakan dirinya sendiri sebagai duta dan jurucakap produk berbanding menggunakan khidmat artis. "Saya tidak pernah berniat pun ambil dia sebagai duta untuk produk saya kerana kalau anda lihat produk model saya hanya pengguna dan saya sendiri sebagai duta dan jurucakap. "Namun ada beberapa artis yang mempromosi produk saya itu hanya untuk meyakinkan pengguna sahaja namun bukanlah model utama produk itu. Bagi saya, produk saya masih boleh laris tanpa penglibatan artis sebagai jurucakap atau duta," ujarnya. Sementara itu, ditanya tentang populariti kosmetik Qu Puteh sedikit menenggelamkan populariti produk keluarannya, Aliff menganggap ia sebagai satu persaingan dalam perniagaan. Jelasnya, apa yang penting masyarakat masih ingat dengan tagline popularnya itu dan sedar tentang kewujudan produk dalam pasaran. "Itu perkara biasa dalam perniagaan, ia sama seperti dunia artis kadang-kadang kita di atas dan di bawah, namun yang penting orang masih ingat dengan kita. "Saya mengucapkan tahniah kepada Qu Puteh kerana dia berjaya membawa fenomena baru dalam industri kosmetik tanah air," ujarnya.
|
stars83 replied at 27-1-2015 02:41 PM
qu puteh..qu puteh..
mamakoya replied at 27-1-2015 02:49 PM
motiiipp dato vida mencelah kat cni..
kucingTomey replied at 27-1-2015 03:35 PM
umur dato terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk jawabnye ni mmg menten 26 eh??rase dah ...
starcity replied at 27-1-2015 02:52 PM
Produk fasha sandha tu dia amik bekalan dari mana?
ADVERTISEMENT