CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kevin Zahri nekad khatam al-Quran

23-1-2015 09:49 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 16460| Komen: 76

Kevin Zahri nekad khatam al-Quran




RAMAI yang berpendapat tidak lengkap tahun baharu tanpa azam baharu dan perkara itu turut disetujui oleh jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri. Jejaka itu berhasrat untuk melaksanakan impiannya yang tertangguh sejak dua tahun lalu iaitu khatam al-Quran.

"Saya membesar di Jerman dan pada ketika itu tiada bimbingan untuk mengajar saya mengaji.

"Saya mula mengaji apabila sudah pulang ke tanah air. Malangnya, ketika itu pengajian yang saya terima tidak begitu tersusun.

"Oleh sebab itu, saya mula meletakkan azam untuk khatam al-Quran sejak dua tahun lalu," katanya ketika ditemui Zass, baru-baru ini.

Nekad dengan cita-citanya itu, dia dan keluarganya kini sedang mengikuti pengajian al-Quran bersama seorang guru agama yang juga rakan baiknya.

"Saya bermula dengan membaca Muqaddam dan kini sedang mengaji al-Quran. Alhamdulillah, sekarang bacaan saya sudah menjangkau hingga ke surah Yusuf.

"Insya-ALLAH, sasaran saya hinggalah selepas raya nanti dan ia bergantung kepada bilangan kekerapan mengaji," katanya.

Tambah Kevin, biarpun umurnya kini sudah menjangkau 35 tahun, namun dia tidak merasakan tindakannya itu sebagai terlambat untuk dilaksanakan.

"Biarlah lambat daripada tidak pernah langsung. Saya amat bersyukur apabila ramai yang menyokong dan secara tidak langsung ia memberi inspirasi bahawa belum terlambat dalam mencari jalan untuk berubah ke arah yang lebih baik," katanya.

Dia yang sudah menunaikan umrah sebanyak tiga kali menjelaskan agama merupakan aspek yang besar dalam kehidupan.

"Dengan agama, kita dapat mengimbangkannya dengan kehidupan seharian kerana tanpanya manusia bagaikan tiada pegangan hidup dan hala tuju," katanya yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji suatu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, Kevin kini dilantik sebagai jurucakap dalam mempromosikan produk terbaharu ‘Nivea Men Cool Kick’ di samping aktor Zul Ariffin dan Nazim Othman.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kosukeconan 21-1-2015 05:03 PM
bagus2
at least ada niat
Quote Innrukia 21-1-2015 05:04 PM
Takde istilah terlewat utk belajar benda yg baik....
Quote asamjawa 21-1-2015 05:13 PM
better late than never !
sebak membacanya..
Quote maplesue 21-1-2015 05:18 PM
Alhamdulillah.
Niat dah ada teruskan je
Quote maxim 21-1-2015 05:18 PM
Bgus die ni

Always positive

Hope one day bleh bimbing bini die, agak seksi
Quote MeMeimei 21-1-2015 05:29 PM
niat yg bagus
Quote kucen_miang 21-1-2015 05:31 PM
asamjawa replied at 21-1-2015 05:13 PM
better late than never !
sebak membacanya..

kannn...beraim dah khatam berapa kali?
Quote Lorra2411 21-1-2015 05:36 PM
alhamdulillah
Quote makciktijah 21-1-2015 05:43 PM
sayu rasa baca. makcik doakan kevin dpt khatam this year ok.
Quote Bedah.Cun 21-1-2015 05:44 PM
Heollls not jejaka dah lar uoulss
Quote krukx 21-1-2015 05:48 PM
Alhamdulillah. Rugi intan tak kawin dgn kevin ni
Quote mbhcsf 21-1-2015 06:06 PM
alhamdulillah ,  bless him for the effort. bagus sangat .
Quote luvpierre 21-1-2015 06:17 PM
Alhamdullillah, semoga tercapai azam anda Kevin!
Quote Suchi 21-1-2015 06:25 PM
bagaimana pula dgn kita2 semua??
adakah semuanya udah khatam?
Quote bolat-bolat 21-1-2015 06:36 PM
Azam yang bagus.moga dipermudahkan hasratnya...
Quote de_ikea 21-1-2015 06:42 PM
Good job kevin. Tahniah!

Yang penting lepas khatam pon kena istiqamah utk baca al quran setiap hari.

Jom baca quran
(Sambil sarung telekug heliza @cemolot)
Quote newyork 21-1-2015 06:49 PM
dia ni azali muslim ke atau mualaf?
Quote nellyberry 21-1-2015 06:51 PM
luvpierre replied at 21-1-2015 06:17 PM
Alhamdullillah, semoga tercapai azam anda Kevin!

Intan mana?
Intan Ladyana ke?
Quote silampumeja 21-1-2015 08:31 PM
nellyberry replied at 21-1-2015 06:51 PM
Intan mana?
Intan Ladyana ke?

iyerr kevin ni ex dia...pas clash kevin kawen ngan wife dia skrg...rasanya dh ank duaa

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.121235 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top