Umumnya, kita mengetahui mengenai teh hijau namun orang Melayu kita kurang pengetahuan mengenai teh oolong. Teh ini banyak terdapat di negara China, India dan Taiwan. Nama pun seakan ada perkataan cina, pokok Oolong ini tergolong dalam kategori pokok teh. Nama saintifik bagi pokok ini adalah Camelia Sinensis. Kepadatan oksida yang terkandung di dalam teh Oolong sangat tinggi sehingga boleh mencapai 85 peratus, bergantung pada cara ia di tanam.Terdapat banyak manfaat dari teh ini antaranya dapat mengatasi penyakit gangguan kulit, sebagai contoh kulit bersisik yang sering terlihat di siku , lutut dan kadang-kadang pada wajah.
Bagaimana Teh Oolong membantu merawat kulit anda, dengan kehadiran polifenol, ia mampu melawan alergi kerana pada dasarnya polifenol bekerja sebagai antioksida. Dengan kehadiran polifenol tersebut, ia sekaligus dapat membunuh zat-zat yang cacat untuk pertumbuhan kulit. Jadi, bagi kamu yang sentiasa rengsa dengan kegatalan kulit atau pun menderita penyakit kulit, apa kata hari ini anda mula mendapatkan teh Oolong di pasaran. Saranan LadyLista, untuk mereka yang ingin mencuba teh Oolong,sesuatu proses pemulihan tidak akan dapat dilihat dalam 5 saat, jadi pastikan anda minum teh ini sebagai ganti air mineral anda .Dan untuk melihat kesan, boleh dilihat dalam jangka masa sebulan. Pastinya teh Oolong ini tidak akan mengecewakan anda. |
ADVERTISEMENT