Patung Kemaluan, Antara Barang Khurafat Didedahkan Dalam Kes Awie, Rozana
Awie hadir di Mahkamah Majistret Ampang pada Rabu sementara isterinya, Rozana berada di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menghadiri perbicaraan kes tuntutan hak penjagaan anak sementara terhadap tiga anak mereka. Foto SAMUEL ONG. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa diberitahu, isteri kepada penyanyi terkenal Awie iaitu Rozana Misbun mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka. Peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, anak guamnya mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana seorang pengamal perkara syirik, khurafat dan tahyul dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ampang dekat sini. Forum : http://bit.ly/1G4wlxc Jelas Mohd Zaidi dihadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain, anak guamnya menemui barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.
Selain itu, turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dalam kain dari warna sama. "Anak guam saya telah menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah. "Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu," katanya. Mohd Zaidi berkata demikian pada sesi penghujahan balas dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana pada 8 Ogos tahun lalu. |
ADVERTISEMENT