CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Diana Rafar Failkan Perceraian

15-1-2015 04:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 63580| Komen: 373

Diana Rafar Failkan Perceraian


KUALA LUMPUR: Desas desus rumah tangga Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang dibina sejak 16 Mei 2009 berantakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mencuri tumpuan ramai. Bagaimanapun cerita itu sesekali berlalu sepi apabila ditepis terutama Diana sendiri.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat yang melaporkan kepada BH Online, Diana yang juga duta produk Perla Coffee itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu hari ini di sebuah mahkamah di Shah Alam.


Nampaknya rumah tangga pasangan ini yang dikurniakan anak lelaki bernama Kashfi Haikal berusia lima tahun tidak mampu dipertahankan lagi.
Kepada BH Online, Diana yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara berkenaan.


Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi," katanya.

Di sebalik dugaan hebat ini, Diana turut berkongsi mengenai dirinya yang sudah mengenakan tudung sejak 23 Disember lalu.

"Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap.

"Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.

"Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini," katanya tenang.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 15-1-2015 03:26 PM

Quote Jagendas 15-1-2015 03:27 PM
takziah
semoga tabah
Quote itik_kuning 15-1-2015 03:28 PM
akhirnya. hari tu beriya2 nafi gossip dengan oja kan?
Quote cik_tonggek 15-1-2015 03:28 PM
kesiannye

Quote newyork 15-1-2015 03:29 PM
pulak dahh...haih..
Quote mamapea 15-1-2015 03:29 PM
rupanya gosip selama ni btl la..kesian diana..semoga tabah
Quote tapibukanaku 15-1-2015 03:30 PM
itik_kuning replied at 15-1-2015 03:28 PM
akhirnya. hari tu beriya2 nafi gossip dengan oja kan?

oja masa muda2


Quote afira 15-1-2015 03:31 PM
patut sembab je mata tu..haihhh
Quote enchikfitz 15-1-2015 03:32 PM
Risau plak dgn rumah tangga Vee dan Shidi pulak
Quote itik_kuning 15-1-2015 03:32 PM

gambar sekarang ada tak?

oja pun dah ada anak kan? duda eh?
Quote itik_kuning 15-1-2015 03:33 PM
enchikfitz replied at 15-1-2015 03:32 PM
Risau plak dgn rumah tangga Vee dan Shidi pulak

kan?

suka je tengok loving couple ni dulu2.

harap sekarang pun masih utuh la ya.
Quote zila_hakimie 15-1-2015 03:33 PM

oja latest?
Quote ecahaha 15-1-2015 03:34 PM
siannya.. takziah.. semoga 2015 membuka lembaran yg lebih baik utk semua orang...
Quote lil_sparky 15-1-2015 03:34 PM
oja tu sapa?
Quote zila_hakimie 15-1-2015 03:34 PM
kawen saing2 kaka dgn kimie ni..

apalah agaknya mslh depa dua ni
moga dilindungi oleh Nya...
Quote tapibukanaku 15-1-2015 03:34 PM
Edited by tapibukanaku at 15-1-2015 03:42 PM
itik_kuning replied at 15-1-2015 03:32 PM
gambar sekarang ada tak?

oja pun dah ada anak kan? duda eh?

oja latest masa konsert akhir extravaganza. jadi vocalist spoon.

Quote tapibukanaku 15-1-2015 03:35 PM

oja latest masa konsert akhir extravaganza. jadi vocalist spoon.
Quote tapibukanaku 15-1-2015 03:36 PM

Quote myra86 15-1-2015 03:37 PM
x sangka kan......

pasangan yg sweet..

Lihat semua komen(373)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.364762 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top