CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?

14-1-2015 03:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2003| Komen: 1

Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?

Ahad minggu yang lalu, penulis menerima sebuah sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Celcom yang memberitahu penulis telah pun menggunakan 80 peratus daripada pelan data 3GB yang dilanggan setiap bulan dan untuk terus melayari internet, perlu membeli data tambahan.


Terperanjat jugak tengok SMS demikian kerana pelan data penulis bermula dari 28 Disember lalu dan akan hanya berakhir dalam 27 Januari ini.

Takkan dalam 8 hari dah guna 80 peratus?

Memang benda itu boleh berlaku kalau kita berterusan menggunakan internet dan membuka laman-laman yang memerlukan loading yang besar.

Namun, penulis tahulah batas penggunaan penulis. Kalau kat ofis yang kekadang hampir 12 jam penulis lepak, tak guna pun sebab ada wi-fi ofis. Telefon bimbit pun akan diubah kepada wi-fi dan bukan pelan data Celcom lagi.

Lantas penulis membuka setting telefon dan memeriksa penggunaan data, baru dalam 1.1 GB sahaja (sebenarnya pada petang itu masa SMS itu masuk masih bawah 1GB).



Kalau ikut perkiraan Celcom, hampir 80 peratus maka sudah hampir 2.4GB digunakan.

Beberapa hari selepas itu, penulis dapat satu lagi SMS menyatakan volume data telah habis digunakan.

Bukan setakat itu, dinyatakan cara untuk menambah pelan data. Maknanya kalau nak guna lagi, kenalah bayar.

Lagi sekali penulis memeriksa jumlah data usage di telefon, baru 1.71 GB sahaja yang digunakan. Maknanya kalau ikut kiraan telefon, sepatutnya ada lagi 1.3GB.

Okay.. memang boleh kata perkiraan Celcom dan yang dirakam dalam telefon bimbit tidak akan sama.

Boleh terima. Namun mustahil jumlahnya berbeza begitu besar sekali. Takkan kat telefon 1.7GB dan Celcom cakap dah habis guna!!!

Peliknya, beberapa bulan awal semasa baru-baru gunakan pelan data dulu takda pun SMS camtu sampai.

Masa tu penulis tengok data usage di telefon dengan yang Celcom bagi sama aje. Justeru sebenarnya kiraan di telefon bimbit itu sebenarnya tepat atau hampir tepat.

Bila dah nampak macam lama sikit, dah jadi pengguna tetap, mula la muncul SMS peringatan sedangkan kadar penggunaan tetap sama.

Bukan hendak kata Celcom, bila balik kampung, ada orang duk bising pelan data Maxis yang kononnya unlimited pun habis sebelum pusingan bil yang seterusnya.

Satu jugak hal yang duk janji unlimited tetapi habis jugak.

Insiden yang menimpa penulis ini membuka persoalan, siapa yang memantau dan memastikan jumlah data yang dibenarkan dilayari adalah sama dengan jumlah yang dijanjikan?

Mudah untuk syarikat telekomunikasi (Telco) sekadar menghantar SMS memberitahu kita sudah habis guna dan sila beli lagi kalau nak guna lagi. Nampak macam kaedah marketing untuk perah duit pelanggan sendiri.

Kalau perkiraan data yang dirakam dalam telefon bimbit dikatakan tidak sama dengan jumlah yang dikira syarikat telekomunikasi (Telco), maka siapa yang harus dipercayai untuk memastikan pengguna mendapat jumlah data yang tepat seperti yang dijanjikan?

Di mana pengguna hendak periksa dengan tepat dan dipercayai jumlah yang telah mereka gunakan?

Untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak yakni pengguna dan telco agar tidak wujud sebarang syak wasangka atau curiga, maka satu mekanisme pemantauan bebas perlu diwujudkan.

Pelanggan harus ada cara untuk mengetahui jumlah sebenar penggunaan dan bukannya bergantung kepada kata-kata telco semata-mata.


Forum : http://bit.ly/1xn3mKm

2

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote dushmacho 14-1-2015 08:01 PM
aku pakai prepaid celcom. bulan lepas kena tolak dalam rm10 walaupun masa tu data plan masih aktif . bila call customer servis celcom mereka suruh jgn on data plan. dalam seminggu baru ok. burn rm 10. klu 1juta customer mcm mana? mmg cilaka celcom.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053217 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top