Penyanyi yang melonjak naik selepas memenangi program Akademi Fantasia musim ketujuh bakal mengikatkan tali pertunangan pada 27 Februari ini. Penyanyi yang kini popular dengan lagu Matahari bakal bertunang dengan kekasih pilihan hatinya yang dikenali sebagai Effy. Menurut penyanyi berusia 25 tahun ini, majlis pertunangan itu bakal dijalankan pada 27 Februari ini di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak. "Sebenarnya 21 Disember lalu saya telah menghantar rombongan merisik ke rumahnya.
"InsyaALLAH, jika tidak ada apa-apa halangan, kami bertunang Februari ini di mana ia dijalankan sempena sambutan hari lahir saya," jelasnya dalam Sinar Harian. “Identiti bakal tunang saya tidak boleh dedahkan secara mendalam atas permintaan saya kerana ingin menjaga privasinya yang kini masih dalam pengajian di sebuah universiti,” seloroh Hafiz tersenyum. Mereka telah mengenali hampir 5 tahun yang lalu sebelum Hafiz menjadi seorang penyanyi. Sepanjang tempoh itu, Hafiz tidak mengetahui bakal tunangnya itu menaruh hati dan perasaan terhadap dirinya. “Saya tertarik dengan dia kerana menghormati orang tuanya, dan amat lemah lembut. Itu contoh terbaik untuk dia untuk menghormati ayah dan ibu saya,” kata Hafiz mengakhiri perbualan. |
ADVERTISEMENT