CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Alyah luah kisah duka kerana sekeping gambar

12-1-2015 03:37 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3479| Komen: 0

Kronologi kisah duka Alyah: 

1. Segalanya bermula apabila Alyah berkongsi satu gambar Datuk Ramli MS yang jelas bersama seorang wanita yang tidak dikenali di atas pelamin. Alyah yang seakan-akan meruntun jiwa melahirkan tulisan yang sedikit menunjukkan perasaannya diguris.

Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya aku menganiaya hambamu yang lain, Kau tuntunlah aku untuk kembali ke jalanMu. Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon padaMu ya Allah SWT, Kau angkatlah doaku juga dengarlah kesedihanku Ya Allah SWT. Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya begini? Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?


2. Hasil risikan peminat, wanita tersebut dikenali sebagai Siti Hafilah Che Kar dan bekerja di salah satu institusi bank tempatan (belum dapat disahkan kebenaran). Pada keadaan ini, rata-rata peminat melahirkan rasa simpati pada Alyah. Tidak kurang juga yang menuduh Datuk Ramli MS yang kejam memperlakukan Alyah seperti bukan isterinya. 

3. Alyah juga terlihat seolah-olah menyalahkan Datuk Ramli MS kerana memperlakukan hal yang pada tanggapan Alyah sangat membebankannya untuk ditanggung sebagai seorang isteri. Alyah juga menulis bagaimana Datuk Ramli MS seakan-akan tidak kisah bergambar dengan wanita lain namun tidak dia sebagai seorang isteri.


"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.


Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti. Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.


Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur."



4. Datuk Ramli MS, menerusi bhonline, membalas kenyataan wartawan: 

"Tanyalah Alyah sendiri" 

Demikian komen komposer dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS berhubung isu dakwaan berkahwin dengan wanita dikenali Siti Hafilah Che Kar. Seperti biasa Datuk Ramli MS bersikap lepas tangan (seperti yang dicanang oleh peminat) dalam menyelesaikan masalah rumah tangganya sendiri. 



5. Setelah Datuk Ramli MS mengeluarkan kenyataan, Alyah sekali lagi memuat naik gambar beliau bersama Datuk Ramli MS (merupakan gamabr pertama beliau selepas berkahwin) dengan pengakuan maaf yang berbunyi:

"Saya post pic tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi.perempuan dlm pic Tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering menganggu hubungan saya.Yg saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya utk di temu bual adalah.


Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya.saya tak pernah kluarkan kenyataan suami saya kawin dgn perempuan Tu.


Maafkan saya kerana hari ini.saya tidak dapat menahan emosi Dan saya telah melakukan kesilapan yg besar.Tapi jgnla memanipolasi kan cerita saya.sampai semuanya jadi tidak Benar.



6. Alyah dengan lagunya Sesal Separuh Nyawa, bersama 12 lagi pencalonan bakal berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu pada 18 Januari 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Turut berentap Dayang NurFaizah, Hafiz Suip, Hazama, Yuna dan ramai lagi.


Nota: LadyLista harap, Alyah dapat belajar dari kesilapan yang dilakukan, semoga rumahtangga beliau kekal harmoni dan bahagia. Amin.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.146412 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top