CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Tips Hilang Sakit Kepala Tanpa Ubat

12-1-2015 11:10 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2910| Komen: 0

Pernah sakit kepala? Haruslah pernah dialami oleh semua orang. Kadang-kadang itu bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda. Nak-nak permulaan minggu seperti hari Isnin, tak mungkin sudah terkena serangan pening kepala. Arrrghhh tensyennya. 


Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. 

Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat: 


1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh 
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat. Ini kerana, mungkin dengan kesibukan masa, kita lupa mengimbangi cecair dalam badan kita.
 

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata 
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala). Bernafas dengan betul dapat membantu kita menjadi lebih tenang, cara ini diakui oleh pengamal yoga yang sentiasa menitik beratkan aspek pernafasan 'breath in...breath out'

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas 
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatan stim. Ini kerana, mandi air panas atau stim dapat mengeluarkan toksin buruk pada badan. Mungkin penyebab anda pening kepala selalu adalah kerana banyak toksik yang terperangkap dibawah lapisan kulit anda.

4. Picit/ Urutan kepala Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin
Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.  

5. Meditasi/ Tidur 
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman. Cara ini paling murah dan selamat. Jika anda bangun dan masih lagi sakit kepala, apa kata anda teruskan sambung tidur anda.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan: 
1. Tips Hilangkan Sakit Kepala 

#1Bahan-bahan 
- Segenggam Asam 
- Secawan Santan 
Cara-caranya:
 - Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
 - Lumurkan keseluruh kepala
 - Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
 - Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.
 

#2Bahan-bahan: 
- Daun bunga raya 
Cara-caranya: 
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. 
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam 3. 

#3 (Wikipedia) 
Bahan-bahan: 
- Daun Lemuni 
Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. 
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. 
- Amalkan 2-3 hari. 
#4 Bahan-bahan: 
- Diri Sendiri Cara-caranya: - Senaman ringan. - Duduk dan luruskan kaki. - Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang. 5. Tips Hilangkan Sakit Kepala #5 (Jika Sakit Kepala Tidak Teruk) (Enonmoon) Bahan-bahan: - Laptop 
Cara-caranya: - 
Login facebook 
- Lihat ruangan chat 
- Chat sampai tak sedar sakit kepala dah hilang.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.026321 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top