CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Satukan Pas Dan Umno

8-1-2015 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7076| Komen: 41

Description: Terdahulu, Dalam Sidang Akhbar Selepas Mesyuarat Kordinasi Pelan Tindakan Pasca Banjir Negeri, Muhyiddin Berkata, Tumpuan Utama Jawatankuasa Tersebut Ialah Memulihkan Kehidupan Rakyat Yang Ditimpa Mus ...
Banjir Satukan Pas Dan Umno

KOTA BHARU 6 Jan. Putrajaya dan Kota Darulnaim hari ini mengetepikan ideologi politik apabila kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri bagi membangunkan semula Kelantan akibat malapetaka ‘bah kuning’.

Malapetaka tersebut telah menyebabkan 2,260 buah keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah 100 peratus dan Kerajaan Pusat serta negeri ini pula terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM932.4 juta akibat kemusnahan infrastruktur awam serta aset mereka.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditemani Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selama sejam di pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan di Kota Darulnaim.


Mustapa dan Ahmad telah dilantik sebagai pengerusi bersama untuk jawatankuasa tersebut.

Dalam pada itu, Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Gotong-royong Membersih Kawasan Sekolah Pasca Banjir dan Pelancaran Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2015 di Sekolah Kebangsaan Tanjong Chenok, Pasir Mas dekat sini menyifatkan, malapetaka itu telah membuka ruang kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat.

“Kerjasama ini menjadi sejarah apabila pemimpin UMNO dan Pas bersetuju untuk duduk bersama dengan mengetepikan soal politik untuk menjaga kebajikan rakyat di negeri ini yang ditimpa musibah banjir.

“Kerajaan Pusat telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Pas Kelantan dan Alhamdulillah, Menteri Besar bersetuju. Saya bersetuju, Tok Pa (Mustapa) bersetuju. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah memberi rukhsah beliau,” katanya.

Terdahulu, dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kordinasi Pelan Tindakan Pasca Banjir negeri, Muhyiddin berkata, tumpuan utama jawatankuasa tersebut ialah memulihkan kehidupan rakyat yang ditimpa musibah banjir supaya kembali seperti sedia kala.

“Cadangan Kerajaan Pusat, urusan untuk pulihkan keadaan kehidupan mangsa banjir di Kelantan, kerajaan negeri dan Pusat bekerja sebagai satu pasukan bersama-sama di bawah satu jawatankuasa dan Perdana Menteri cadangkan supaya Menteri Besar dan Mustapa mempengerusikan bersama jawatankuasa ini dan kerajaan negeri ini pun sudah bersetuju.

“Disebabkan keadaan begitu teruk banyak pihak perlu menyedari hakikat kita perlu bersatu dan menguruskan keadaan ini sebaik-baiknya supaya kita dapat meringankan beban mangsa banjir,” katanya.

9

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupaiterbang 7-1-2015 03:04 PM


Quote tupaiterbang 7-1-2015 03:05 PM
Quote offwhite 7-1-2015 03:17 PM

sampai jugak ketum kat kawasan mangsa banjir...ingatkan terlepas kapal terbang lagi....
Quote Modngengade 7-1-2015 03:21 PM
offwhite replied at 7-1-2015 03:17 PM
sampai jugak ketum kat kawasan mangsa banjir...ingatkan terlepas kapal terbang lagi....

mana ada KETUM dikkk....

Quote skyreds 7-1-2015 03:43 PM
bagus la..sama-sama pikul
Quote Al-Patih 7-1-2015 03:57 PM


yang mano hebat....aaah

Quote dodolgemok 7-1-2015 04:01 PM

tentulah yg atas skali,wirawati gagah perkasa kuasa sakti tingkat ke 5 dengan hayunan tongkat ajaib mampu melumpuhkan syaiton durjana
Quote Modngengade 7-1-2015 04:02 PM

opkos ahkak pink dgn boot phua chu kang beliyau.....!!!!!
Quote Modngengade 7-1-2015 04:03 PM
dodolgemok replied at 7-1-2015 04:01 PM
tentulah yg atas skali,wirawati gagah perkasa kuasa sakti tingkat ke 5 dengan hayunan tongkat ajai ...

bukan sekadar wirawati dekkk..beliyau juga merupakan penghibur dikala duka.....

Quote jofizo 7-1-2015 04:04 PM
gigit jari apa... balak dah dpt dah
Quote taikor 7-1-2015 04:05 PM
teringat satu gambar sebelum ni: "sapu, mop, lap... tempat yg sama, waktu yg sama, demi sekeping gambar untuk tatapan macai"
Quote bluehedgehog 7-1-2015 04:07 PM
malaycaridotcomdotmai suka sgt dap & babi
Quote Al-Patih 7-1-2015 04:09 PM
dodolgemok replied at 7-1-2015 04:01 PM
tentulah yg atas skali,wirawati gagah perkasa kuasa sakti tingkat ke 5 dengan hayunan tongkat ajai ...

takut aku nak rapat....
Quote Modngengade 7-1-2015 04:14 PM

jemin memang pakar cuci 'parit'
Quote dodolgemok 7-1-2015 04:23 PM
Modngengade replied at 7-1-2015 04:14 PM
jemin memang pakar cuci 'parit'

kakmah dgan yidin pun pndai 'lap' jugak
Quote Modngengade 7-1-2015 04:25 PM
dodolgemok replied at 7-1-2015 04:23 PM
kakmah dgan yidin pun pndai 'lap' jugak

dek dodol  ..ko fhm ker maksud akak cuci 'parit' tu...takkanlah ahkak pink cuci parit gak....

Quote razhar 7-1-2015 04:29 PM
sekurang2 nya jemin ni berkerja..bukan berlakon duk mop or duk pegang penyodok air je...
Quote razhar 7-1-2015 04:30 PM
lembooo karat biru cuma lancar bab mencarut je... IQ 0.00001
Quote dodolgemok 7-1-2015 04:35 PM
Modngengade replied at 7-1-2015 04:25 PM
dek dodol  ..ko fhm ker maksud akak cuci 'parit' tu...takkanlah ahkak pink cuci parit gak....

i lap u sis

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.086906 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top