CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sila Letak Jawatan Jika Tak Tunjuk Secara Terbuka Sokongan

13-4-2015 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15292| Komen: 126

Description: Dr Mahathir, Bekas Presiden Umno Dan Juga Bapa Mukhriz, Menggesa Najib Meletak Jawatan, Mengatakan Umno Dan Bn Akan Tewas Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang Jika Beliau Tidak Berbuat Demikian.
Sila Letak Jawatan Jika Tak Tunjuk Secara Terbuka Sokongan


Ketika pemimpin Umno bersegera mempertahankan presiden mereka Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik kerana tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap perdana menteri.

Seorang wakil rakyat Umno Kedah mahu Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar jika beliau tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Najib, kerana katanya, anak bekas perdana menteri itu terhutang budi kepada presiden Umno itu untuk jawatannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin itu juga mengkritik Mukhriz kerana mengaitkan sokongannya terhadap Najib dengan penyiasatan terhadap syarikat  1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang.

"Jawatan menteri besar itu dilantik perdana menteri dengan sokongan Adun Barisan Nasional. Kalau beliau tidak lagi menyokong perdana menteri, yang terbaik ialah beliau letak jawatan," kata Ahmad dipetik sebagai berkata kepada satu laporan di portal SuaraTV.

Ahmad diwawancara portal itu selepas satu mesyuarat luar biasa antara pemimpin Umno negeri, ahli Parlimen Umno dan Adun Umno yang dipanggil pegawai Mukhriz pagi ini.

Ahmad mendakwa, mesyuarat itu sepatutnya diadakan bagi menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri dan presiden Umno.

Najib ketika ini dikrtik hebat pemimpin veteran Umno terutamanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dr Mahathir, bekas presiden Umno dan juga bapa Mukhriz, menggesa Najib meletak jawatan, mengatakan Umno dan BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika beliau tidak berbuat demikian.

Ini mencetuskan satu arus sokongan terhadap Najib daripada pemimpin akar umbi Umno dan mereka yang berada dalam BN.

Bagaimanapun, Ahmad mendakwa, semasa mesyuarat itu, Mukhriz berkata beliau akan menunggu hasil siasatan audit ke atas 1MDB sebelum menyatakan sokongannya kepada Najib.

“Mukhriz berkata, dia hanya akan sokong Najib sekiranya siasatan mendapati tidak terdapat salah laku dalam 1MDB. Tetapi, sekiranya hasil siasatan mendapati sebaliknya, dia akan menyebelahi orang ramai," kata Ahmad kepada SuaraTV.

Ahmad mendakwa beberapa pemimpin Umno semasa mesyuarat itu tidak setuju dengan pendirian Mukhriz itu.

"1MDB ialah isu pengurusan yang sedang disiasat Jabatan Audit. Ia tidak sepatutnya menjadi penanda aras kepimpinan Najib.

"Najib sendiri berjanji akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti wujud salah laku," Ahmad dipetik berkata kepada SuaraTV.

"Saya diberitahu mesyuarat itu untuk menyatakan sokongan kepada perdana menteri, tetapi dalam mesyuarat, menteri besar kata beliau berada di pihak rakyat.

“Saya pelik. Rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib,” Ahmad memberitahu SuaraTV.

Ahmad berkata antara Adun yang menghadiri mesyuarat itu ialah Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrahim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Datuk Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).

Ahli exco negeri yang hadir termasuk Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (industri dan pelaburan), Aminuddin Omar (belia dan sukan) dan Datuk Badrol Hisham Hashim (perumahan dan kerajaan tempatan), kata Ahmad.

Antara ketua bahagian yang hadir ialah Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah). – 12 April, 2015.

4

Bagus
19

Marah
15

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penamparPONDAN 12-4-2015 05:55 PM
mukriz sila letak jawatan!
Quote EJALTI 12-4-2015 05:55 PM
Kalau tak tunjuk sokongan kat bijan, maksud nya tak percaya Allah kewwwww?
Quote bangcak 12-4-2015 05:59 PM
Edited by bangcak at 12-4-2015 06:01 PM

serangan balas terbaek buat madey.

kalu mb tu sokong
serangan berikutnya lebih mudah
"u pegi jawab soalan bapak u kalu nak kekal jawatan mb"
Quote EJALTI 12-4-2015 06:02 PM
bangcak replied at 12-4-2015 05:59 PM
serangan balas terbaek buat madey.

Sekarang, Team Bijan and Team Madey, memasing serang atas bawah kiri kanan....
Rakyat marhein perhatiiiiiiiiiiiii jewwww sesambil makan popcorn......
Quote R2D2 12-4-2015 06:06 PM
umno sama umno bertelagah
parti lain tepuk tangan
Quote scorpionkiki 12-4-2015 06:07 PM
Itulah anak jantan...syabas mukriz. Rakyat Kedah will brace kena sidelined by gov najib sbb 2018 kejap jer bila najib jd history sbg pm terakhir umno
Quote dodolgemok 12-4-2015 06:13 PM
kahkahkah akai macai bodo macam mat maselan rupanya.tak sokong je kena letak jawatan. mb ni bekerja utk rakyat ke untuk najib?macai jgan jadi bodoh telo macam lobai @kemaruk boleh tak?
Quote cemolot 12-4-2015 06:20 PM
tak sokong bijan sila pergi duduk bulan!
Quote sgbuloh 12-4-2015 06:31 PM
kecian mukriz. tengah dilema tu.

ditelan mati omak, diluah mati bapak
Quote zjen 12-4-2015 06:32 PM
semakin enak nye rasa popcorn iols ni,  sian plak chedet makin x senang ati bila tgk anak kesayangan dia terancam,   semoga chedet tabah menentang pencabar,  kot tak bila chedet masuk barzakh,   harta keluarga akan di di di di .......  
Quote Orix 12-4-2015 07:39 PM
bimbo nye lebai tu...

sapa tak suka bijan jd pm sila migrate taknak ckp skali ka lobai?
Quote Nokiaman 12-4-2015 07:43 PM
check mate daaaa kekdahnyerrrrr
Quote lavaparia 12-4-2015 07:47 PM
wa bukan apa

ini yg wa tunggu2 selama piem jadi piem

wa harap singkirkan la si paria ni

wa tk nk kedah jadi darul paria

wa doa sangat2 ngn Allah

wa tk payah tampal bibel kat sini
Quote hzln 12-4-2015 07:51 PM
this is zero sum game
mereka sanggup hadapi risiko kedah dapat semula ke pr (andai mukriz jadi anak jantan dan letak jawatan mb)
asalkan najib kekal sebagai pm

Quote yellowfin 12-4-2015 07:59 PM
Siapa pengampu bijan sekoq ni... dia ingat kalo bukan sbb mukhriz BN bole pegang kedah ka... cuba dlu offer ko yang jadi MB kalo BN menang igat ada org kedah nak hadap kat ko ka... jangan mimpi la... ko tu ibarat daun kering tepi jalan je... pergi cermin diri dulu sebelum nak bercakap...
Quote aechae 12-4-2015 08:20 PM
at least mukhriz jujur jwb dia side kt rakyat.... eh hellloo..piliharanraya kite as rakyat plh korg utk keja/ jd wakil/ suara rakyat tau.... celaka sgt jd wakil rakyat bodoh cm korg main ugut2....
Quote hzln 12-4-2015 08:23 PM
yellowfin replied at 12-4-2015 07:59 PM
Siapa pengampu bijan sekoq ni... dia ingat kalo bukan sbb mukhriz BN bole pegang kedah ka... cuba dl ...

depa feeling2 syok sendiri la tuh
bn dpt semula kedah ari tu sbb rakyat suka bn bukan sebab faktor mukriz
so bagi depa mukriz jadi mb ka org lain jadi mb ka...bn tetap utuh di kedah   
Quote MeghanK 12-4-2015 08:25 PM
yellowfin replied at 12-4-2015 07:59 PM
Siapa pengampu bijan sekoq ni... dia ingat kalo bukan sbb mukhriz BN bole pegang kedah ka... cuba dl ...

betul..kedah memang sebab najib janji nak jadikan mukhriz sbagai MB..ini yang kawan saya di kedah cakap sendiri..pakat2 sokong BN sebab janji tu je..last2 apa yang dapat

Quote zonan4 12-4-2015 08:28 PM
wow makin menarik drama nih...

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.072922 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top