CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Lamaran Hairul Azreen Terhadap Hanis Zalikha Jadi Bahan Kutukan

5-1-2015 04:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6305| Komen: 7

Gimik Tidak Menjadi, Lamaran Hairul Azreen Terhadap Hanis Zalikha Jadi Bahan Kutukan


Hasrat pelakon Hairul Azreen untuk memperlihatkan kepada ‘dunia’ cintanya terhadap Hanis Zalikha dengan melamarnya dalam  sebuah rancangan siaran langsung mengundang padah apabila mereka dikutuk oleh peminat.

Pengguna laman sosial memberi reaksi negatif sebaik sahaja Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 27, melakukan gimik di pentas final Gegar Vaganza pada malam Ahad dengan meluahkan hasrat melamar kekasihnya itu.

Pengguna laman sosial turut berpendapat gimik berkenaan ‘tidak kena pada tempat’ selain agak keterlaluan dan memalukan.

Pada malam konsert tersebut, Hairul muncul di pentas menyertai barisan penari lain membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me, nyanyian asal Bruno Mars.

Pada persembahan itu, Hairul telah membuat aksi breakdance sebelum pengacara program itu, Nabil Ahmad dan Jihan Muse menjemput Hanis naik ke pentas sebelum lamaran dibuat.


Bagaimanapun sejurus selepas konsert itu berlangsung, Hairul dan Hanis atau nana sebenarnya Hanis Zalikha Zainal, 25, muncul memberi penjelasan berhubung gimik berkenaan.

Dalam sidang media yang berakhir kira-kira pukul 1.45 pagi Selasa itu, Hariul menafikan tujuan lamaran itu untuk meraih tumpuan umum.

Katanya, lamaran tersebut dibuat dengan niat ikhlas untuk memberitahu kepada umum bahawa dia serius menjalinkan hubungan cinta dengan aktres itu.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=850298&extra=&page=17


"Sebelum ini apabila wartawan tanya, saya jawab Hanis adalah kawan baik saya dan apabila sampai masanya saya akan memberitahu secara umum (mengenai hubungan sebenar mereka).

"Jadi saya kotakan janji itu menerusi kejutan lamaran ini bahawa kami sedang menjalinkan hubungan," katanya.

Tambahnya, idea membuat kejutan lamaran dipersetujui bersamanya dengan pihak Astro selepas dia meberitahu hasrat hati untuk melamar Hanis.

Akhrinya pihak Astro membuat keputusan melakukan gimik lamaran berkenaan tanpa pengetahuan Hanis  sehinggalah apabila acara berkenaan berlangsung.



"Sebenarnya lamaran ini telah dirancang sejak tiga bulan lalu. Benda ini semua kebetulan, apabila berborak dengan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli, dia tanya 'bila nak kahwin?'.

"Saya pun cakaplah memang dalam perancangan dan dia bertanya nak tak buat lamaran secara langsung di sebuah program?”.

"Mula-mula risau la juga, apa orang ramai kata pula, tetapi daripada sudut lain pula saya lihat ia satu peluang untuk memberitahu Hanis betapa seriusnya saya mahu bersama dia.

"Tambahan pula dia pernah menunjukkan video-video lamaran di YouTube, dan menganggap ia sesuatu  yang sangat romantis. Maka saya pun ingin berbuat demikian untuk menggembirakannya juga," ujar Hairul.

Dalam pada itu Hairul berkata dia sudah bersedia untuk menerima kritikan dariapda orang ramai sekiranya mereka tidak gemar dengan tindakannya melamar Hanis dalam pentas akhir Gegar Vaganza itu.

Sementyara itu Raqim berkata pihaknya tidak menganggap kejutan lamaran tersebut adalah satu kesilapan sebaliknya ia adalah satu elemen kejutan yang menjadi kekuatan dalams setiap program-program terbitan Astro.

"Walaupun terdapat pelbagai komen-komen yang diberi oleh penonton, tetapi saya berasa gimik lamaran Hairul adalah sesuai.

"Saya tak rasa gimik itu satu kesilapan sehingga mengganggu program tersebut tetapi ia satu percubaan baru yang dilihat lebih eksklusif," katanya.


6

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote zizadin 12-1-2015 01:57 PM
kawen la cepat2..xde orang nak mengata
Quote iznanaziz 12-1-2015 11:39 AM
ala...pelakon suam2 kuku
jadi juara fear factor
Quote giyomi 7-1-2015 08:13 AM
Bodo dan xder otok si jantan dan betina bodo ni....ikut trend org putih dok nape. Eeeee...balik lar ke pangkal jaleh. Tiap hari dok makeh belaceh, tok usoh lar nak ikut trend ogeh putih. Jakim wat apa tu, g saman diorg ni yg tak reti bhs ni semua, nak melamar bagai secara online. Stupid. Satu lg, nape lak ada baby bump baby shower bagai, trend apa semua ni.
Quote kambeng_masam 7-1-2015 07:52 AM
hairul ni sapa btw?
Quote eden77 6-1-2015 01:27 PM
Bilamana adat/budaya melayu dilupakan. Budaya luar pula diketengahkan. Tika ini masyarakat malaysia telah sedikit sebanyak terhakis budaya/adat nenek moyang di tanah melayu, akibat pengaruh luar.

Tak salah bilamana pekara ini diketengahkan. Yang menjadi kejanggalan bila sesuatu yang ingin disampaikan/diusahkan tidak menjadi. Ini memberi impak yang sungguh mendalam. Kesannya akan memberi impak psikologi. Cthnya: Bila pemuda A meluahkan cintanya kepada gadis A. Tetapi gadis A menolak dikhalayak ...
Quote LuLu^Lost 5-1-2015 08:44 PM
2 tahun lepas dah ada daa.. Huhu

Encik raqim - sape kata ini percubaan baru bagi program astro? Bukan 2 tahun lepas awal lamar scha secara live ke, astro juga kan?

Kata hairul - hanis pernah tunjuk video lamaran di youtube dan rasa romantis dgn lamaran tersebut. >>> mcm ayat awal dulu je. Huhu. Awal pernah bgtau, scha suka tunjuk kat dia video lamaran. Jadi awal nak buat lamaran begitu juga.

Jadinya..apa yg barunya? Ok. Fine..paham niat murni tu. Cuma aku kurang mengerti, kalau sama-sama dah paham antara satusama lain,dah tahu hala tuju perhubungan dan kedua-dua family dah tahu...jadi untuk apa lamaran tu? sbb memang sah2 si gadis akan  terima si jejaka. jadi terus bawak mak ayah jejaka lamar depan mak ayah gadis, kan senang?

tak marah..cuma..tak boleh nak pi dgn situasi yang terang lagi bersuluh. hhehehe..anyway didoakan semoga kedua-duanya mencapai apa yg dihajati. amin.
Quote im_cyclist 5-1-2015 06:47 PM
Weiiiii kome
Sapenye insan bernama hairul azreen ni??? Idok ler teman kenai...hahaha

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.125208 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top