Dipetik dari Harian Metro: Kalau cakap pasal sikap buruk penyanyi lelaki ini, satu buku pun tak habis. Lepas satu, satu cerita mengenainya hinggap ke telinga Cik Pang. Terbaru, penyanyi tinggi lampai ini dikatakan bertumbuk sakan dengan bapanya. Itupun selepas tidak puas hati apabila bapanya marah sebab ada orang datang kutip hutang! Kata teman Cik Pang, penyanyi itu pada mulanya meminjam wang yang banyak dengan seorang lelaki. Alasan penyanyi itu, dia tengah kering sebab tiada tawaran menyanyi sejak sekian lama. Namun dengan muka tak tahu malu, dia berjanji akan bayar semula dalam tempoh tertentu. Entah apalah janji manis ditabur si penyanyi sampai si lelaki percayakannya. Tunggu punya tunggu, hutang tak bayar-bayar walaupun lebih tempoh sehingga si lelaki terpaksa berjumpa bapa penyanyi itu untuk menuntut hutang. Si bapa yang terkejut dengan jumlah wang dituntut terus bertemu dan memarahi anaknya. Si anak tak kenang budi pula naik angin dan mula bergaduh besar dengan bapa sampai nak bertumbuk. Mujur waktu itu ada ahli keluarga lain yang tolong leraikan dan amankan keadaan. Apa nak jadi de-ngan penyanyi ini, Cik Pang pun pening kepala. Sudahlah kes mabuk dan bergaduh dulu pun belum selesai, kini timbul cerita ini pula. Rasa-nya budak ni nak kena ajar masuk tempat pemulihan akhlak baru sedar agaknya.
Nota kaki: LadyLista rasa, mesti ada something wrong dengan artis ini. Kalau betul bagai diteka, artis ni nak bagi ayat 'coverline' ape yea? Kena rasukan ke?? |
ADVERTISEMENT