CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Hafiz Hamidun Pernah Jadi Mangsa Dengki Kumpulan Nasyid

2-1-2015 03:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13391| Komen: 55

Hafiz Hamidun Pernah Jadi Mangsa Dengki Kumpulan Nasyid


PETALING JAYA:
Penyanyi nasyid popular Hafiz Hamidun menganggap peristiwa menjadi mangsa dengki sebuah kumpulan nasyid adalah kisah lama yang sudah pun dilupakannya.

Hafiz berkata, perkara tersebut berlaku pada tahun 2012 lalu apabila kemunculannya dalam sebuah program stesen televisyen Al Hijrah dibatalkan secara tiba-tiba.

"Perkara itu dah lama dan saya sudah lupakannya pun. Ketika itu ada pengguna Twitter yang mempersoalkan kenapa saya tidak muncul di program tersebut.

"Ada juga berlaku berbalas komen di witter antara saya dan kumpulan nasyid itu yang turut mengaitkan stesen televisyen Al Hijrah, namun tidak mengapalah, saya tidak kisah dan menganggap rezeki datang daripada Allah," ujarnya kepada mStar Online.


Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin dia menjadi mangsa dengki sebuah kumpulan nasyid.

Kumpulan nasyid itu dikhabarkan 'meracun' pihak di stesen televsyen berkenaan agar membatalkan kemunculan penyanyi lagu zikir itu daripada program anjuran mereka dan program-program terbitan Al Hijrah.Hafiz enggan mengulas hubungannya dengan kumpulan nasyid tersebut dan menganggap masing-masing mempunyai hala tuju dalam industri seni tanah air.


"Berkenaan kumpulan itu saya tidak mahu komen panjang. Cuma saya anggap masing-masing ada rezeki yang ditetapkan oleh Allah," ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz menjelaskan dia tidak pernah digam oleh stesen televisyen tersebut.

Malah, dia bakal membuat persembahan pada malam Anugerah Nasyid IKIM pada 10 Januari depan yang disiarkan menerusi stesen berkenaan.

"Isu itu bukan saya yang timbulkan sebaliknya ada orang yang bertanya di laman sosial kenapa saya jarang muncul di stesen televsyen itu.

"Secara jujurnya saya dengan Al Hijrah tidak pernah ada masalah atau digam oleh mereka. Cuma saya akui agak kurang berbanding muncul di stesen televisyen lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz yang kini berada di Kelantan dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Dia juga membuat kutipan derma sejak beberapa hari lalu melalui laman sosial dan berjaya mengumpul sejumlah wang untuk diagihkan kepada mangsa bencana banjir.


Bagus
6

Marah
9

Terkejut
2

Sedih
8

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 2-1-2015 12:42 PM
kalo dah dengki sedara sendiri pon bole tikam belakang
Quote enchikfitz 2-1-2015 01:00 PM
calling2 @malaywood.NET
Quote CrowneGlory 2-1-2015 01:02 PM
Setakat hafiz ni pun ada yg nk dengki
Quote ALDRIN 2-1-2015 01:03 PM
Pe nyanyi nasyid pon dengki2 hati busuk jgk ke?
Quote suka2 2-1-2015 01:09 PM
takat pis midon je pun. tak berbaloi nak dengki.
Quote bedahmulutpuaka 2-1-2015 01:11 PM
femes sangat engko sampai ada yang nak dengki..propa
Quote akik 2-1-2015 01:32 PM
dengki dgn hafiz hamidon sebab dia berwajah jawa ke?
Quote prettyuglybabe 2-1-2015 01:36 PM
dah masuk 2015 pun masih meratip cerita 2012
Quote fazamania 2-1-2015 01:41 PM
Eleh! kau tu pondan midun.. dengan jaafar pun kau kuat sentap inikan pula dengan geng nasyid yang lain.



blah lah.
Quote drlinda08 2-1-2015 02:18 PM
konon perkara dah lama.. xnak komen panjang..  dah lupakan..
tp komen berjela jek..
jawab je la no comment abis citer..
Quote siasia 2-1-2015 02:26 PM
mcm sesuatu je dia ni
Quote zila_hakimie 2-1-2015 02:35 PM
dia cerita ttg unic gak ke
Quote ajunara 2-1-2015 02:49 PM
popular ke dikk..
Quote tomet05 2-1-2015 02:50 PM
sape pulak dia maksudkan ih eh ?
Quote mokcikKSKB 2-1-2015 02:52 PM
Kisah 2012 pon gigih nk citer.
Quote qqOfficial 2-1-2015 02:56 PM
igt dulu kisah pis midon ni spedo anak ikannya penyanyi aiman tu...siap belikan barangan mewah lagi chuolsss...

....upsss gossip sendu di hari jumaat pertama 2015 ..
Quote gula_tebu 2-1-2015 03:18 PM
sendu..seram..sejuk..beku..
Quote Munnalicious 2-1-2015 03:35 PM
Suka ati ko la apis. Yg penting aku xsuka kau. Hishhh...!!!
Quote fcl29 2-1-2015 04:40 PM
ek elehhh... citer lama pon... wartawan gigih korek, pis medon gigih nk bercerita... xleh ke ckp "citer lama ni, ok nexttt"

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047992 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top