Saya Tiada Anak Bernama Chacha! - Ismail
KUALA LUMPUR, 24 DIS 2014: Bukan sengaja hendak mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh di dalam keluarga Ismail Maembong pada saat ini, namun artikel Chacha Maembong yang dimuatnaik oleh Portal Murai mengenai isu Yaya Maembong menghalau tiga beradiknya sepertimana yang didakwa oleh bapa mereka, bukanlah untuk dilakukan untuk berpihak pada siapa-siapa. Jauh sekali menyebelahi atau memenangkan Yaya Maembong dan adik-beradiknya berikutan salah faham yang tercetus di antara mereka sekeluarga. Namun, ia tidak lebih sekadar untuk membantu menjernihkan kekeliruan mengenai salah faham yang telah timbul secara tidak sengaja itu. Namun, artikel bertajuk Chacha: Kami Tak Dihalau, Malah Tinggal Di Kondo Bukan Flat sepertimana yang dimuatnaik di Murai pada hari semalam nyata masih tidak dapat membantu untuk meredakan kemelut di antara anak-beranak ini. Sebaliknya, ia telah membangkitkan lagi rasa amarah Ismail Maembong buat kesekian kalinya apabila beliau menyifatkan bahawa Chacha Maembong sebagai anak derhaka apabila cuba menikam ayahnya dari belakang. Disebabkan tindakan Chacha Maembong itu, Ismail Maembong turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mempunyai anak bernama Aishah @chacha.
|
nurelle posted on 24-12-2014 04:50 PM
tak paham la...sebenarnya sape halau sape...
sape tikam sape.......
ADVERTISEMENT