CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Juri Mohon Comey Dikembalikan Ke Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014?

2-1-2015 02:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10023| Komen: 22

Juri Mohon Comey Dikembalikan Ke Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014?



Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pada minggu keenam, menjadi hangat selepas kumpulan Comey diumumkan sebagai peserta  yang disingkirkan.

Penonton di dewan Teater Selangor, Shah Alam separuh menjerit apabila Comey menjadi tiga peserta dikedudukan terendah bersama Shake dan Bocey.

Malah, dewan turut gamat dengan bisikan para penonton yang tidak menyangka perjalanan Comey berakhir di minggu bertemakan Muzikal.

Sementara itu juri tetap, Farah Quinn ketika ditemui pada majlis sidang media, menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila Comey tersingkir.

“Apabila kertas pemarkahan dan keputusan penuh diberikan, saya terkejut melihat senarai peserta dengan markah paling rendah.

“Sama-sekali saya tidak menyangka Comey akan meninggalkan pentas MLM 2014…Kalau saya dapat kembalikan mereka pada minggu hadapan, saya akan lakukan,” katanya ketika ditemui pada malam Jumaat lepas.

Sementara itu Taufik Batisah, Nur Fazura  dan Datuk Jalaluddin Hassan turut berkongsi pandangan yang sama dengan Farah apabila mereka turut meminta Astro melakukan sesuatu untuk mengembalikan Comey di pentas MLM 2014.

“Keputusan tadi tidak dijangkakan, kerana selain tiga peserta yang berada di tempat terendah pada malam ini (Jumaat), ada yang lebih lemah dan sepatutnya pulang.

“Jika Astro dapat melakukan ‘sesuatu’ untuk kembalikan Comey ke gelanggang MLM 2014…?,” kata mereka tersekat, seolah kecewa dengan keputusan pada malam tersebut.

Kepada para peminat MLM 2014, teruskan mengundi peserta kegemaran anda jika mahu mereka kekal lebih lama dan bergelar juara.

Jangan lupa menonton MLM 2014 secara langsung, setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135).



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanezzafirah 24-12-2014 05:27 PM
Sape yg buat keputusan sebenarnye? juri ke astro?
Quote aderaderker 24-12-2014 05:32 PM
Dah kluar tu kluar je la..
Drama much?
Nak jd AF gak ke penuh ngan drama...
Quote -electrifying- 24-12-2014 05:43 PM
bg aku semua sendu... tak lawak... lawak yg berulang... syok sendiri...
Quote piao 24-12-2014 06:07 PM
aderaderker posted on 24-12-2014 05:32 PM
Dah kluar tu kluar je la..
Drama much?
Nak jd AF gak ke penuh ngan drama...

nama pun siaran hiburan, kerja mereka hiburkan penonton.
Quote atekome 24-12-2014 06:35 PM
Dh mcm af pnuh ngn drama propa
Quote sirchief 24-12-2014 07:01 PM
kuasa veto kt tgn sape sbrnye?mohon pencerahan
Quote cik_kembong 24-12-2014 07:08 PM
hanezzafirah posted on 24-12-2014 05:27 PM
Sape yg buat keputusan sebenarnye? juri ke astro?

Undian penonton....
Quote inusya 24-12-2014 07:33 PM
Xpyh nk bwk msuk blik. Mmg x lawak pun comey.
Quote mikariko 24-12-2014 07:33 PM
....da pulak...mcm2...
Quote izat123 24-12-2014 08:05 PM
70 peratus markah juri kan. Apa ngok juri ni diorang yang bagi markah rendah. Undian penonton memang tak dapat lah nak selamatkan Comey, sapa je undi Comey
Quote mizzmimi 24-12-2014 08:09 PM
Hah. Aku tengok comey perform sesak nafas..
Quote piao 26-12-2014 02:15 PM
kalau masuk balik boleh ke maintain ke Final, atleast berbaloi juga
Quote AshkieLa 26-12-2014 03:29 PM
dah keluar tu keluar je laa... kalo zero yg konsisten tiap2 minggu terkeluar.. logik gak nak terkejut bagai...
lagipun bukan 100% dr undi SMS ke? bila masa juri ade kuasa? diorg ade kuasa bg bintang je kan?
Quote adekhairz 27-12-2014 12:46 PM
Dah 70% undian kat Juri..awat terkejut kalo terkeluar sbb korang yg menyumbang peratusan tinggi..
Quote maxim 27-12-2014 01:03 PM
Markah juri 30 peratus
Quote tomet05 28-12-2014 09:37 AM
drama sangat ke nih ?
Quote zizadin 12-1-2015 01:59 PM
comey tu kadang ok kdang kiok..
Quote kejoraria 12-1-2015 02:05 PM
kluar ajalah..tak yah masuk2 balik....bukan kelakar sgt pun
Quote bioessence 12-1-2015 02:27 PM
better la comey dari virus dan sepahtu.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.041310 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top