Datuk ‘Terlajak Laris’ Bengang Tak Dilayan Di Butik Mewah Yelah, siapa yang tak panas kalau diri dilayan macam nak tak nak oleh pekerja butik yang melihat kita sebagai rakyat marhaen yang hanya masuk ke butik mewah untuk melihat item ribuan ringgit yang tak mampu dimiliki.
Tulisnya, “Luahan perasaan… Jangan pandang orang pada gaya luaran apa berbase english ya… don’t judge the book by its cover okay… Paling Abang menyampah kalau pergi butik branded ni kalau tengok kita orang Asia pulak tu Abang ni macam budak hingusan mereka endah tak endah sahaja nak serve Abang konon-konon kita ni tak boleh nak beli… Cakap omputeh pun berterabur… Lepas tu siap buat muka masam bila kita nak membelek-belek… Sekali Abang order terus Abang jumpa manager dia Abang complain… Baru ko ghase balasannya… #hatipanas.”
Menerusi ruangan komen, ramai pengikut pemilik jenama produk D’Hherbs menyokong tindakan diambil beliau yang berani menyuarakan ketidakpuasan hati atas layanan ‘double standard’ yang diterima. Nah, rasanya mungkin situasi tersebut boleh disamakan dengan perumpamaan ‘seperti buku bertemu ruas’. Tindakan yang diambil Datuk Aliff Syukri patut dipuji kerana beliau berjaya menegakkan haknya sebagai seorang pelanggan. Fikir-fikirkan balik, tak perlu rasanya nak ada perbezaan layanan antara golongan atasan dan pertengahan mahupun bawahan. Tak luak apa-apapun kalau kita berbuat baik sesama insan, kan? |
sepitsiput replied at 29-12-2014 04:12 PM
Yg melayu2 kerja butik mewah ..x kira pompuan or zantan..mmg berlagak semacam... pdahal gaji 3k ke b ...
kakprik replied at 29-12-2014 04:16 PM
best sangat ker beli beg mahal2..beg aku rm30 hengget jer..
cmf_premierleag replied at 29-12-2014 04:27 PM
Dulu2 ada poremer nama itamrazali
Dia ada blog..dlm blog, heshe slalu kutuk2 budak2 SA yge keje b ...
ADVERTISEMENT