Isteri Chef Riz, Shikin Maembong Hamil Dua Minggu PETALING JAYA: Cef Riz meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Shikin Maembong, 31, kini sedang mengandung dua minggu selepas bernikah pada 5 Disember lalu. Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, menyifatkan ia sebagai satu rezeki besar buat keluarganya kerana dia tidak menyangka isterinya hamil dalam masa terdekat. "Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan kerap muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung. "Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun, ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat. Tambah Chef Riz, berita gembira itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk bekerja bagi membuat persiapan kelahiran anak sulungnya nanti. Anak kepada Datuk Chef Wan itu turut berharap kandungan tersebut adalah anak lelaki, namun tidak kisah sekiranya dikurniakan anak perempuan.
Sementara itu, Chef Riz berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 5 Disember lalu di Bora Ombak, Ampang, dekat sini, dia dapat merasakan perubahan dalam kehidupannya yang semakin terurus. "Alhamdulillah, daripada segi jadual kerja, makan dan pakai semuanya isteri yang uruskan dan ia membuatkan susun atur aktiviti harian saya lebih mudah. "Memandangkan kami menjalani perniagaan bersama, maka agak susahlah nak berenggang. Rasa seronok dan apatah lagi berita gembira mengenai kehamilan Shikin membuatkan hidup kami lebih bermakna," tuturnya. Shikin merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada aktres Emma Maembong. Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012.
|
cmf_blingblings replied at 29-12-2014 01:33 PM
gossip dlm paper tu harap2 bukan depalah
tapibukanaku replied at 29-12-2014 01:36 PM
gossip apa uols?
cmf_blingblings replied at 29-12-2014 05:37 AM
yg kahwin express tu
cmf_blingblings replied at 29-12-2014 01:37 PM
yg kahwin express tu
GhostWalking replied at 29-12-2014 01:45 PM
chuols semalam chuols reply msg kat thread, iols sampai ke sudah tak jumpa nak baca tau kat sebelah. ...
Syd replied at 29-12-2014 01:51 PM
advance skrg ek..
dua minggu nak tahu
tapibukanaku replied at 29-12-2014 05:49 AM
itu lah. iols reply komen uols. tapi uols tak reply semula pun. ingatkan da dibawa arus banjir..:l ...
Syd replied at 29-12-2014 05:51 AM
advance skrg ek..
dua minggu nak tahu
Syd replied at 29-12-2014 05:51 AM
advance skrg ek..
dua minggu nak tahu
ADVERTISEMENT