CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Betul Ke Awal Ashaari Digam Oleh Astro?

24-12-2014 12:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20601| Komen: 71

Betul Ke Awal Ashaari Digam Oleh Astro?


Menerusi ruangan gosip Berita Harian pada Ahad, pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya didakwa telah disenarai hitam oleh pihak Astro kerana mereka dikatakan telah melanggar kontrak.

Berjumpa dengan Awal usai konsert kumpulan B Mentor Legend minggu pertama, Awal menjelaskan yang dia tidak tahu menahu mengenai ura-ura tersebut.

"Saya tak tahu menahu mengenai hal tersebut. Selepas ada seorang rakan artis memaklumkan kepada saya, barulah saya membeli akhbar dan membaca berita tersebut. Saya belum sempat lagi berborak dengan Scha mengenai perkara ini. Saya tak dapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini, Scha baru sahaja selesai menjalani sebuah penggambaran untuk drama Astro," kata Awal memulakan bicara.

Pelakon drama bersiri 'Sedetik Cinta' itu sendiri memaklumkan dia tidak tahu bagaimana cerita tersebut boleh tercetus.

"Saya tak tahu macam mana cerita tersebut boleh keluar. Sama ada cerita itu timbul kerana buah mulut orang atau cerita itu terjadi kerana ada yang tidak berpuas hati dengan cara kerja kami suami isteri. Setakat ini tiada hitam putih yang menyatakan kami digam. Saya sedia berbincang mengenai isu gam ini. Perihal gam ini sangat besar dalam karier seseorang artis. Kalau benar digam, itu ibarat periuk nasi ditutup dan saya tak mahu perkara ini berlaku," katanya lagi.

Instagram Lara Private Semula

Ramai juga tertanya-tanya ke manakah hilangnya akaun Instagram anak Awal dan Scha, Lara Alana yang mempunyai pengikut hampir 400,000 orang.

"Buat masa ini saya peribadikan seketika akaun Lara. Ini kerana terlalu banyak orang yang berbalah di ruangan komen. Mereka bergaduh sesama sendiri. Orang tidak menjual barang atau meniaga di situ, sebaliknya bergaduh. 

Jadi saya ambil pendekatan memadam semua pengikut, menukar nama Instagram Lara dan mahu berehat seketika. Buat masa ini biar saya tunggu dan fikir dahulu sama ada mahu menjadikan Instagram Lara 'public' semula atau biarkan 'private' sahaja," kata Awal.





Menjelaskan sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk memperibadikan akaun Instagram Lara, Awal menyatakan sikap sesetengah orang yang terlalu cepat menghakimi membuatkan dia mengambil keputusan tersebut.

"Itu adalah Instagram seorang anak kecil. Segelintir orang di luar sana begitu cepat menghakimi dan menghukum. Saya suka berkongsi. Bila orang suka dan sayang Lara, perkara itu menyenangkan hati saya. Ada juga sesetengah orang mempertikaikan kredibiliti saya sebagai seorang bapa. Jadi buat masa ini biarlah saya dan Scha senyapkan dahulu dan berfikir apa yang mahu dilakukan seterusnya," kata Awal mengakhiri perbualan.

6

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 22-12-2014 04:04 PM
kes apa plk ?
Quote amyainsamad 22-12-2014 04:05 PM
pulakkkkkkk
Quote stars83 22-12-2014 04:07 PM
apsal plak ni??
Quote enchikfitz 22-12-2014 04:07 PM
Attention seekers
Quote prettyuglybabe 22-12-2014 04:10 PM
poyo..


Quote Anaya84 22-12-2014 04:20 PM
mcm2 la ko awal.....
Quote silampumeja 22-12-2014 04:21 PM
hahaha...masa tak privatekan dulu tak pk banyak...pk nak menunjuk anak jee...skrg dh mcm ni plak...tak dinafikan awal ni childish sgt...attention seeker pon ye... paling klakar kene bahan kat zahid...huhuhu... kat kelas aku dulu aku panah jmpa org macam ni... stiap kali dia gila attention aku pon sound kuat2.. "Control your eagerness!!!"  memang sampai gaduh2 laa... siap pg lawatan orang kate aku ske gaduh2 ngan dia...kang nanti ada jodoh...choiii nasib masing2 kawen ngan org laen...haha sori TT kluar topikkk
Quote WandaMi 22-12-2014 04:30 PM
kalau private ig followers still boleh tgk kan?
tp ig lara dah x boleh tgk dah
dia block semua 400k followers ke?
Quote azie.dz 22-12-2014 04:30 PM
attention seeker arr mamat ni...

next!!
Quote MissQwerty 22-12-2014 04:34 PM
uwaa patutla
cari ig lara dah takde
sob sob kite rindu lara yg comel tu
Quote ainie_1008 22-12-2014 04:36 PM
pasangan poyo tahun nie..
Quote gula_tebu 22-12-2014 04:38 PM
jantan gedik
Quote HaifaHanna 22-12-2014 04:40 PM
Ape saje la awal oi.....
Quote nakkomenjugak 22-12-2014 04:50 PM
budak kecil pun da ada ig sendiri kan? motippppppp
Quote haiku 22-12-2014 05:06 PM
Dalam Bipop kan ada story pasal gam ni ..

Ketahuilah wahal Awal, jarang sekali tv station keluarkan B&W dlm isu gam artis ..
Quote milot 22-12-2014 05:29 PM
Psl dia mnjoyah isu pengacara-pelawak ka?....
Quote krukx 22-12-2014 05:31 PM
Mungkin kes dia sentap Astro tak amik jadi pengacara AF tu kot
Quote alesandra 22-12-2014 05:35 PM
selaku salah seorg pelanggan astro aku merasa sgt bersyukur......
Quote maplesue 22-12-2014 05:35 PM
Kena gam tu macam teruk sangat je
Apa yang dia dah buat agaknya
Kalau pasal langgar kontrak memang sampai kena gam je Last edited by maplesue on 22-12-2014 05:36 PM

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.109467 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top