CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebal Parang, Mesin Rumput Mak Cik Bagi

24-12-2014 12:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14438| Komen: 78

Kebal Parang, Mesin Rumput Mak Cik Bagi


MARANG - Seorang suri rumah terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik sebesar paha sepanjang kira-kira empat meter dengan berat lebih 30 kilogram ketika mahu mengemas barang-barang untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir, di sini.


Salmah Hamzah, 52, yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di SK Pasir Puteh, Merchang, berkata, dia terdengar bunyi bising dari arah luar rumah sebelum ternampak ular sawa itu mahu menyambar seekor ayam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Salmah kemudiannya masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil parang dengan niat mahu membunuh ular tersebut, namun usahanya gagal walaupun selepas beberapa kali ditetak.


Gambar hiasan

Menurutnya, kulit ular itu seolah-olah ‘kebal’ dengan senjata tajam dan dia yang panik mengambil pula sebatang besi untuk memukul ular tersebut, namun tetap juga gagal menghalau reptilia itu.


“Mak cik buntu memikirkan bagaimana cara nak halau ular itu selepas ditetak pun tak lut, mungkin parang tumpul. Ketika itu juga mak cik teringatkan mesin rumput (bermata besi) ada disimpan di bahagian dapur rumah lalu mengambilnya.

“Makcik galas mesin rumput itu dan hidupkannya... makcik halakan mata mesin rumput itu ke arah kepala ular itu sehingga ia cedera dan mati walaupun ketika itu makcik sebenarnya takut dan cemas,” katanya.

Salmah berkata, dia kemudian mendapatkan bantuan suami, Ariffin Said, 62, untuk mengalihkan ular berkenaan sebelum membuangnya ke dalam air yang mulai naik di pekarangan rumah mereka berikutan hujan lebat.

Menurutnya, pengalaman itu pertama kali dilalui sepanjang musim tengkujuh melanda dan berharap ia tidak berulang.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KumbangPolkaDot 23-12-2014 09:39 AM
By the time uols post tu uols igt ular tu nk duk diam tak buat pape kat uols ke
Quote rospinki 23-12-2014 09:41 AM
wahh dasat macik ni..mula parang tumpul, pastu dia amik chainsaw..merecik abisla darah ular uiiii
Quote mdhelmi 23-12-2014 09:49 AM
hebat makcik nih
ntah2 makick ni bgtau besar lengan...tp paper bgtau besar peha
Quote prettyuglybabe 23-12-2014 09:55 AM
kesian ular tu.. punya seksa nak mati
Quote winamp05 23-12-2014 09:55 AM
kenapa tak call bomba je.,.. kesian ular sawa tu tak buat salah pun. tumpang tidur je......
Quote Cyempaka 23-12-2014 10:00 AM
aku bayangkan bila air surut,bangkai ular tu berlingkar depan tangga  
Quote sriwanis 23-12-2014 10:03 AM
Mesti merecik-recik darah ular tu....azab nyer...
Quote kokocrunch 23-12-2014 10:11 AM
beraninya mak cik nie.
Quote cekelatkopi 23-12-2014 10:15 AM
hebattt makcik..tak geli pun.kalau aku dah lari lintang pukang hahaha
Quote sassy_girl82 23-12-2014 10:29 AM
Eeeeee gelinya..klu nampak lipan pun iols takut nk pukul..inikan pulak ular sawa
Quote sassy_girl82 23-12-2014 10:32 AM
Eeeeee gelinya..klu nampak lipan pun iols takut nk pukul..inikan pulak ular sawa
Quote fifie_olin 23-12-2014 10:37 AM
ular sawa rupanya aku igt ular tedung ...
ptt la selamba makcik tukar2 senjata bagai..gigih nk bunuh.
kalo ular tedung x sempat cr senjata...dh dipatuknyaaa...silap2 trus jalannnnn
Quote nebulagazer 23-12-2014 10:39 AM
Kesian arwah ular sawa tu
Quote HaifaHanna 23-12-2014 10:42 AM
Amboi, berani nye makcik ni...
Kalo kami, dh cabot dulu.....
Quote zursyaha 23-12-2014 10:49 AM
kalau ular sawa rasanyer sempat lagi nk call bomba..tp mgkn mak cik ni panik sgt dh sbb nampak ular besar dpn mata...
Quote jofizo 23-12-2014 10:51 AM
huiiiiiiii antara makcik nih dgn ulaq tu, lagi ganas makcik nih..........
Quote manehnya 23-12-2014 10:56 AM
berani nya mokcik...

kalau aku dah meraung dah
Quote taji2906 23-12-2014 11:05 AM
dasat makcik... terbayang aku, dia bersilih ganti tetak dgn parang, pastu hentak dgn besi, last sekali galas mesin rumput dan dgn rasa puas dia bunuh ular tu... aku bayang mcm citer2 thriller mcm alien last skali sigourney weaver tu dok dlm robot lwn alien tu.. tp makcik galas mesin rumput la.. hahah
Quote famri7 23-12-2014 11:12 AM
Ular pon bimbo..dah kena tetak still maintain berkuntum sambil snyum sinis tgk next step makcik sunni ini...selayaknya cash la mampos kena hiris dek mesin rumput.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.318449 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top