CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Izzue Islam(Suami Awin) xnak sentuh wanita untuk jaga status katenyer..

22-12-2014 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24559| Komen: 178

Izzue Islam(Suami Awin) Enggan Sentuh Wanita Untuk Jaga Status


Foto terkini Izzue Islam.

KUALA LUMPUR: Pelakon Izzue Islam(Suami Awin) meletakkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam mana-mana drama lakonannya bagi menjaga status dia sebagai seorang suami.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24, juga menganggap prinsip itu juga bagi menjaga maruah pelakon wanita yang digandingkan bersamanya sama ada dalam filem ataupun drama.
"Ya, saya ada meletakkan syarat agar tidak ada adegan bersentuhan antara saya dengan pelakon wanita dalam beberapa drama yang saya lakonkan kebelakangan ini.

"Saya rasa ia adalah untuk menjaga status saya sebagai lelaki sudah berkahwin dan untuk menjaga maruah pelakon wanita itu juga," ujarnya kepada mStar Online.


Izzue berkata demikian ketika diminta mengulas syaratnya tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama terbaharunya berjudul Suami Sebelah Rumah.

Drama yang bakal ditayangkan di TV3 pada Mac depan itu turut dilakonkan oleh aktres Ayda Jebat.

Tambah Izzue, banyak cara lain yang boleh dilakukan selain berpelukan atau bersentuhan bagi menghidupkan sesuatu babak romantik.

Izzue bersama Awin yang juga isteri dan pengurusnya.
"Saya rasa tidak semestinya kita perlu berpelukkan atau bersentuhan untuk menampakkan ia babak romantik.

"Banyak sahaja cara lain yang tidak memerlukan kita berbuat demikian tetapi masih boleh nampak ia sebagai romantik," katanya.


Bagaimanapun dia akan  berbincang dengan pengarah terlebih dahulu sebelum menerima mana-mana tawaran lakonan.

Sementara itu, Izzue berkata, prinsip tersebut tidak mempunyai kaitan dengan isterinya, Nurinafilah Waharudin (Awin), 32, yang sebelum ini dikatakan seorang yang kuat cemburu.

"Keputusan itu atas diri saya sendiri dan bukannya sebab isteri saya cemburu atau tidak. Dia tidak mempengaruhi keputusan apa yang saya lakukan.

"Saya berbuat demikian kerana memikirkan ia adalah hal saya sebagai seorang lelaki yang menjadi suami orang," ujarnya.

Izzue bernikah dengan Awin yang juga pengurusnya pada 2 Jun 2013.  


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amiraira 18-12-2014 05:45 AM
Boleh ke berlakon x bersentuhan?
X yah berlakon la mcm tu.....
Quote aderaderker 18-12-2014 05:50 AM
Boleh kutttt.....
Quote pauliza 18-12-2014 06:48 AM
Cari kerja lain lah izzue oit.x payah jadi pelakon.bini ko smpn je ko dlm almari.makin bnyk kuarkan statement,makin bikin org nyampah.
Quote izat123 18-12-2014 07:16 AM
Baguslah dia tak nak bersentuhan. Apa nak jadi pelakon memang kena sentuh sentuh ke? bangang korang ni
Quote Rynaf 18-12-2014 07:24 AM
Dulu aku minat gak kat dia ni,tp lately makin menyampah lak..mungkin ada kaitan dgn awin yg byk interframe karier dia ni..
Quote ernniey 18-12-2014 07:43 AM
Baguihla tu...molek dah caranya...tp lg bagus klu suh awin tutup aurat.jaga maruah bini sendiri dulu sbl nk jaga maruah wanita lain
Quote ayu_emelda 18-12-2014 07:48 AM
alhamdulillah, baguslah camtu. mana tau dgn bermula dari dia, lepas ni akan ada lagi artis yg ikut. selalu artis perempuan je akan bg statement camni, skang artis lelaki pulak. salah satu cara nak jadikan industri seni tanahair ikut syariat islam.  

Quote mzzenma 18-12-2014 07:59 AM
aku suka kalau betul dia tak nak sentuh2. yang meroyan2 tak suka statement dia ni mesti makcik2 pencinta slot akasia gesel2
Quote NHolmes 18-12-2014 08:11 AM
Bagus laaa.. Jgn nak femes terima jer adegan ranjang..
Quote PongKang 18-12-2014 08:12 AM
chubby dah izzue ni
Quote kucen_miang 18-12-2014 08:15 AM
ernniey posted on 18-12-2014 07:43 AM
Baguihla tu...molek dah caranya...tp lg bagus klu suh awin tutup aurat.jaga maruah bini sendiri dulu ...

Quote chinta89 18-12-2014 08:15 AM
buat je dulu apa yg ko nak wat izzue oiiii, x pyh ckp banyak.

kang jd mcm sesetengah artis tu, ckp lain, tp lps tu buatnya lainnnnn...
Quote faraRosales 18-12-2014 08:27 AM
ape la korg marah dy .. sepatotnya support dia .. kalau tu kputusan dia hormat jek la .. bagus dia jg status n hati bini dia ... tak cam laki len sibuk pegang sane pegang sini x pikir anak bini kat umah ,,

tapi kalau ni yang izzue nak , mungkin izzue kene quit kot .. jangan la berlakon lagi .. org skang nk tengok sentuh2 pelok2 .. kalo x kne hencap
Quote mimiko 18-12-2014 08:27 AM
Elok la gini izzue
Quote ernniey 18-12-2014 08:38 AM
kucen_miang posted on 18-12-2014 08:15 AM

kannnn....
Quote bungarose 18-12-2014 08:42 AM
Cari ler rezeki di bidang lain...pergualan lelaki perempuan dlm dunia artis susah nk kawal. Laga2 pipi tu dah menjadi kebiasaan.
Quote haruslah 18-12-2014 08:43 AM
wp nyampah aku ok jer dia xmo pegang2

igt senang ker nak jd bini tgk laki kena pegang/gesel ngn org lain?

aku xleh hadam bini yg bleh tgk jer laki kena camtu....cam AP, AA sume tuh

pegang satu hal la kn...yg peluk2 bagai tu

kalau 1 2 scene mgkin la bleh pejam mata....dah kalu hari2 xkn xde napsu
Quote awoks 18-12-2014 08:47 AM


setuju jugak
Quote zafira 18-12-2014 08:48 AM
Rynaf posted on 18-12-2014 07:24 AM
Dulu aku minat gak kat dia ni,tp lately makin menyampah lak..mungkin ada kaitan dgn awin yg byk inte ...

samalah dengan aku... baik dia berenti berlakon n cari keje lain...

Lihat semua komen(178)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.069639 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top