Harga Minyak Turun 1 Januari Tapi Harga Barang Tidak Turun - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau menjangkakan harga petrol RON97, RON95 dan diesel akan turun bila tibanya 1 Januari tahun depan. Beliau bagaimanapun berkata, masalahnya apabila harga barang tidak turun. Justeru, beliau menggesa ahli perniagaan supaya bertanggungjawab dengan menurunkan harga barang kerana kos mereka berkurangan dengan penurunan harga minyak. Katanya, jika berlaku penurunan seiring harga minyak dan barang, indeks kegembiraan pasti akan meningkat. Beliau berkata demikian dalam pelancaran strategi korporat baru Malaysia Debt Ventures Bhd hari ini.
|
MengkuduMasam posted on 18-12-2014 01:53 PM
partly aku setuju...
sbb mcm kedai mamak harga makanan bkn brg kawalan..
perang_candu posted on 18-12-2014 01:54 PM
abis tu dulu ada orang nak turunkan sampai 50sen.. ramai ckp rega barang ikut turun. bertekak tekak ...
ResellerMaxis posted on 18-12-2014 01:59 PM
hahaha..kena minta orang tu ulas lah..apa formula dia..turunkan harga minyak 50 sen boleh turunkan ...
ADVERTISEMENT