Putri Mardiana Punya Kekasih Masih Suami Orang? Kalau semalam Putri Mardiana memaklumkan yang kekasihnya, Ejump telah pun menceraikan isterinya di mahkamah semalam. Namun menerusi makluman terbaru yang di terima iaitu daripada orang terdekat kepada isteri Ejump sendiri, kes penceraian mereka masih lagi berlangsung dan ia hanya akan dibicarakan pada bulan 2 tahun hadapan. Ini bermakna Ejump masih lagi berstatus seorang suami sekaligus menimbulkan persoalan mengenai perancangan berkahwin pada tahun hadapan seperti yang diwar-warkan oleh Putri Mardiana. Menariknya isteri kepada Ejump sendiri turut sama memuatnaik status yang menyatakan kes penceraiannya masih lagi berlangsung dan belum selesai seperti yang dikatakan oleh Putri Mardiana. Kepada Ejump, lepaskanlah sahaja isteri anda secepat mungkin. Tak perlu nak dera mental, fizikal dan emosi seorang isteri dan ibu. Kalau dah tak suka dan dah ada pengganti, tunggu apa lagi? Janganlah diperkotak-katikkan hak seorang wanita. Semoga cepat-cepat ada jalan penyelesaian.
|
sepitsiput posted on 16-12-2014 08:18 PM
jangan lupa vote kontroversi ini di poll kontroversi paling panas 2014..code #19
#promotethrea ...
stars83 posted on 17-12-2014 12:44 AM
ramai sgt betine garit skarang..kenapalah x dipanah petir je betine2 garit ni..bape byk org bujang k ...
ADVERTISEMENT