Wan Raja & Yaya Maembong Sah Nikah Dengan Sekali Lafaz
Wan Raja pada majlis akad nikah di Masjid Al-Redzuan, Hulu Klang pada Jumaat.
AMPANG: Dengan sekali lafaz, pelakon Wan Raja sah bergelar suami kepada Yaya Maembong, 38, dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang di sini, petang Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Daerah Gombak Hulu Klang, Kamarudin Omar, kira-kira pukul 5.30 petang.
Yaya atau naman sebenarnya Rabbiati Adawiyyah diwalikan oleh bapanya yang juga pelukis terkenal Ismail Embong.
Yaya merupakan kakak kepada pelakon Emma Maembong.
Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, memberikan mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran RM12,121.40
Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.
Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah beg tangan, minyak wangi dan kasut, cincin, telekung dan sirih junjung.
Manakala, barang hantaran daripada pihak perempuan pula ialah minyak wangi, buah-buahan, kasut, kek, Al Quran dan sejadah.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil, pada Ahad ini.
Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 6 Ogos lalu.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|