Orang Melayu berdepan bahaya lebih seriusKini jadi suara minoriti akibat perpecahan sesama sendiri Abdul Hamid Mohamad (tengah) dianugerahkan Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa sempena Persidangan Agung Tahunan Ke 5, Perkasa yang disampaikan oleh Ibrahim Ali (kanan) dalam majlis di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Abd. Rahman Abu Bakar (kiri).
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, ketika berdepan ancaman Malayan Union, walaupun orang Melayu masih lagi dijajah, tetapi mereka bersatu sehingga akhirnya berjaya menyebabkan British akur. “Hari ini orang Melayu berpecah dan diperalat hingga suara yang asalnya majoriti bertukar menjadi minoriti dan suara daripada kaum minoriti pula yang menjadi kuasa penentu. Tapi malangnya orang Melayu tidak sedar dan tidak ambil peduli. “Sekarang orang Cina nampak peluang merampas kuasa politik, mereka bersatu di belakang DAP dan mempergunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pas yang ghairah ke Putrajaya tanpa sedar siapa sebenarnya meraih untung. “UMNO pula (ketika ini) sudah hilang pengaruh kepimpinan dan genggamannya,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Tahunan Kelima Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini. Yang turut hadir sama Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abd. Rahman Abu Bakar. Menginsafi bahaya yang sedang dihadapi, Abdul Hamid mengingatkan Perkasa agar jangan menjadi penyebab bertambahnya perpecahan orang Melayu, sebaliknya beliau menyarankan supaya badan itu terus menyokong UMNO. Katanya, Perkasa selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbesar bumiputera hendaklah menarik penyokong atas pagar menyertai UMNO dan mencari jalan bagi mewujudkan kerjasama antara parti itu dan Pas demi Melayu. “Kita cuba perbetulkan UMNO tapi jangan sesekali kerana marahkan nakhoda, kita bakar kapal. Itu kerja orang bebal yang mengamuk dan tidak berfikir. Tapi malangnya kerap kali orang Melayu bertindak secara sedemikian rupa,” jelasnya. Terdahulu, Abdul Hamid mene-rima Anugerah Bintang Perkasa Negara iaitu anugerah tertinggi NGO tersebut daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali atas sumbangan serta ketokohannya dalam bidang perundangan negara. Beliau individu kelima menerima anugerah itu selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor; Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub dan Tengku Razaleigh Hamzah. |
kaum minoriti terutamanya orang Cina begitu giat menyusun strategi bagi merampas kuasa politik negara ini
taikor posted on 15-12-2014 09:00 AM
macam mana ek? majoriti dlm Pakatan Rakyat adalah Melayu: PAS, PKR dan dlm DAP pun ade ahli2 Mel ...
taikor posted on 15-12-2014 09:00 AM
macam mana ek? majoriti dlm Pakatan Rakyat adalah Melayu: PAS, PKR dan dlm DAP pun ade ahli2 Mel ...
BotakChinPeng posted on 15-12-2014 10:27 AM
cina lemah longlai rampas pebende ?
melayu berpecah pun cina tetap kena tindas
Trooper posted on 15-12-2014 11:22 AM
Macam mana Sultan bleh jadi boneka??
Macam mana semua Umno bleh jadi boneka??
v(T.T)v posted on 15-12-2014 02:06 PM
kuasa mulayu kalau dirampas pun bukan oleh cina, tapi oleh imigran yg claim melayu.
kalau cina na ...
ADVERTISEMENT