Neelofa Shopping Barang Rumah Dengan Hans Isaac? KL, 14 DIS 2014:Alamak! Biar betul? Atau mungkin Murai Batu tersalah informasi. Tapi kalau nak kata salah, tak boleh cakap juga sebab selama ini pun cerita-cerita hangat yang sampai ke telinga Murai Batu semuanya benar belaka. Entahlah, tapi Murai Batu rasa perkara ini bukan baru dan rasanya sama ada peminat Hans Isaac mahupun Neelofa pastinya akan gembira apabila mengetahui mereka kembali bersama. Nak dijadikan cerita, sumber Murai Batu telah terserempak dengan pasangan popular berkenaan di sebuah gedung beli-belah di tengah-tengah ibu kota. Katanya, pasangan berkenaan bukan main sibuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya gedung beli-belah berkenaan. Sumber Murai Batu memberi tahu, masing-masing nampaknya saling bantu-membantu dan Hans Isaac yang kacak dengan berkemeja-T bulat ke hulu ke hilir mencari beberapa barang sementara Neelofa menunggu di kaunter pembayaran. Oh! So sweet pasangan ini. Malah sebelum itu, Murai Batu difahamkan pasangan berkenaan telah berada di kedai hardware di gedung yang sama untuk membeli sesuatu. Barang apa, itu Murai Batu kurang pasti, tapi sumber Murai Batu nampak mereka sangat khusyuk mendengar penerangan daripada salah seorang jurujual di tempat berkenaan, tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang. Kemudian barulah mereka ke pasar raya untuk membeli barang keperluan harian dan selepas itu barulah mereka pulang. Murai Batu bukan nak jaga tepi kain Neelofa ataupun Hans Isaac, tapi jika benar cinta mereka telah kembali berputik, baguslah. Memang betul, tidak ada salahnya mereka keluar bersama-sama ke supermarket. Tapi Murai Batu sangsi dengan hubungan mereka berdua itu, apatah lagi tiada orang lain yang bersama-sama pasangan berkenaan pada waktu kejadian. Kerana ada juga suara-suara yang memberi tahu Murai Batu bahawa hubungan yang terjalin antara Neelofa dan Hans Isaac sekarang hanyalah sekadar teman rapat atau seperti abang dan juga adik. Kalau benar hubungan mereka seperti itu sekarang, Murai Batu turut tumpang gembira. Akan tetapi Murai Batu pastinya akan lebih bahagia sekiranya benar Neelofa dan Hans Isaac kembali sebagai pasangan kekasih. Sama-samalah kita doakan.
|
angsaemas posted on 14-12-2014 11:49 PM
Kes ni dah berminggu noks..Elaine kawen baru lg
Klau tgok ig hans..mmg dia nmpk x brp happy jer muk ...
Cookie.Monster posted on 15-12-2014 12:03 AM
mama Lofa kan tak berapa berkenen dgn si Hans sbb tak berharta katewnya
Tak tau ke deme, si Ha ...
angsaemas posted on 15-12-2014 12:14 AM
Mostahil la lofa x tau kekayaan hans.
Dua2 pun hotak bisnes..
Nk minang camna..msih smbut x-mast ...
AppropriateNick posted on 14-12-2014 11:59 PM
elaine ni bitch ke
Cookie.Monster posted on 15-12-2014 12:18 AM
tak semua menunjuk kekayaan mereka chuolls
angsaemas posted on 15-12-2014 12:23 AM
But I bet lofa tau sbb org klau otak bisnes ni lain..
Klau jumpa pun mesti ckp psl future,plan dl ...
ADVERTISEMENT