CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Obses Dengan Kurus, Demi Lovato Hampir Masuk Pusat Pemulihan

10-12-2014 04:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6609| Komen: 5

Obses Dengan Kurus, Demi Lovato Hampir Masuk Pusat Pemulihan



Pastinya setiap wanita idamkan tubuh badan yang langsing. Dengan badan yang langsing, akan membuatkan lagi ramai jejaka tertarik.

Penyanyi Hollywood, Demi Lovato sanggup buat apa sahaja untuk menguruskan badannya walaupun sudah ramping.

Alahai Demi !!! Dah kurus lepas tu nak kurus lagi.

Gara-gara obsess dengan kurus, Demi pernah mengalami bulimia sehingga penyanyi itu terpaksa mendapat rawatan di sebuah pusat pemulihan pada tahun lalu.

Dan kali ini, sekali lagi Demi nyaris dihantar ke pusat pemulihan kerana masalah yang sama.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Demi dalam Dailymail;

"Saya hampir dimasukkan ke pusat pemulihan kerana jadual pemakanan saya yang tak betul. Saya mahu makan tapi masa yang sama saya takut berat badan akan bertambah".


Walaubagaimanapun, Demi beruntung kerana memiliki boyfriend yang benar-benar memahaminya.

Wilmer Valderrama akan memastikan pemakanan yang diambil oleh Demi itu benar-benar berkhasiat.

"Wilmer sangat mengambil berat terhadap saya dan dia juga mula membuat jadual diet pemakanan saya", katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 9-12-2014 12:54 AM
Tapi kan demi ni xde lah kurus mana pn. Betullah tu, obses.
Quote ais_kosong 9-12-2014 07:04 AM
nak tinggal jadi rangka baru puas hati kah?
Quote setokinpurple 11-12-2014 12:06 AM
I know that feeling.. Dulu aku pon ada masalah mcm ni. Siap fobia nmpk mknn. Pernah sakit sbb nk kurus.. Skang dah gemok blk hahah
Quote Mary_jane 11-12-2014 12:17 AM
setokinpurple posted on 11-12-2014 12:06 AM
I know that feeling.. Dulu aku pon ada masalah mcm ni. Siap fobia nmpk mknn. Pernah sakit sbb nk kur ...

Oh really? Dulu i pn ada kwn yg asik pk psl berat bdn, tp dia laki. Belt tu dh nk dua kali gulung kt pinggang sluar, msh dia rasa diri gemuk. Ya ampun!
Quote setokinpurple 11-12-2014 12:39 PM
Mary_jane posted on 11-12-2014 12:17 AM
Oh really? Dulu i pn ada kwn yg asik pk psl berat bdn, tp dia laki. Belt tu dh nk dua kali gulung  ...

Yup. Sampai satu tahap nampak makanan pon nk muntah. Kalau makan automatik akan muntahkan blk. Perut tak boleh terima. Berat I pernah cecah 42kg dgn tggi 151cm. Hampir kena tahan wad tp kena bebel dgn doktor kaw2 haha.

Sepanjang diet bahaya tu mmg bdn lemah dah tak ada tenaga. Berdiri lama pon nk tumbang. Tp dulu xtau ada pil2 vitamin segala utk ganti makanan... Tak heran la artis2 skrg dorg x mkn pon still ambik vitamin dan fiber. I dulu tak ada org nasihat, main terjah je sbb takut gemok.

Kes nya sedara lama x jmpa tegur I gemok masa raya... Start dr situ la diet cam nk mati

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.041446 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top