CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulai Januari 2015, Pasar Raya Diarah Tutup Waktu Solat Jumaat

10-12-2014 10:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13668| Komen: 198

Mulai Januari 2015, Pasar Raya Diarah Tutup Waktu Solat Jumaat


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua pasar raya di negeri itu ditutup pada Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang mulai Januari tahun depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan.

"Keputusan itu telah dipersetujui pada mesyuarat Exco minggu lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa.

Semasa perbahasan Bajet Terengganu 2015, Hilmi Harun (PAS-Manir) mendakwa ramai orang Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di pasar raya.

Ahmad Razif berkata penguatkuasaan terhadap arahan itu akan dijalankan dan dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sementara itu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (BN-Kuala Besut) meminta kerajaan negeri membangunkan tenaga boleh diperbaharui daripada sumber angin, solar dan ombak sebagai alternatif kepada tenaga elektrik sedia ada.

"Terengganu mempunyai pantai sepanjang 244 km, sudah tentu ia terdedah kepada kuasa angin, yang boleh diubah kepada tenaga elektrik.

"Begitu juga dengan tenaga solar dan ombak yang banyak didapati di sepanjang pantai negeri ini," katanya ketika membahaskan Bajet 2015.

Tengku Zaihan berkata, walaupun Terengganu telah mempunyai janakuasa hidro elektrik Tasik Kenyir yang menggunakan kuasa air, tetapi mengolah tenaga daripada sumber lain perlu diberi perhatian serius.

Beliau juga mahu jumlah anggota polis di Pulau Perhentian ditambah berikutan kini hanya dua anggota polis bertugas pada satu-satu masa bagi menjamin keselamatan penduduk dan pelancong.

"Yang agak mendukacitakan walaupun bangunan PDRM tersergam indah di pulau itu tetapi ia hanyalah berstatus pondok polis yang keanggotaannya hanya dua orang sahaja. Jadi kita merayu agar status pondok polis berkenaan dinaik taraf kepada balai polis," katanya.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ikan_kaghing 9-12-2014 10:00 PM
Alhamdulillah.....satu langkah yang bagus (walau aku syak pasti ada cina dap yang akan meroyan lepas nih).

Mohon negeri-negeri lain juga mencontohi.
Quote revolusi_30 9-12-2014 10:01 PM
Org Islam tak semayang jum'at.  Salahkan pasaraya.. Adoii
Quote Kingnoss 9-12-2014 10:10 PM
Eloklah..baru jumaat lepas aku g 99speedmart ..cashier lelaki melayu tengah bekerja waktu sembahyang jumaat..x pasti mmg dia x nak pergi sembhyg jumaat atau boss dia yg x bg tinggal kaunter cashier..ramai sgt boss cinon yg x nak bg laluan pekerja lelaki break sembahyang jumaat elok tutup la waktu tu..padan muka
Quote zamzam 9-12-2014 10:14 PM
dino musti bangga dpt mb bagus....
Quote jojo67 9-12-2014 10:23 PM
oooo ...di terenganu ja ka....selalu sangat akak dok tengok org lelaki ni yg jenih muka x malu dok bersidai kat mall waktu jumaat ni....bila kita dok perati muka depa sambil dok tengok kat jam, depa buat muka bodo ja
Quote dino 9-12-2014 10:32 PM
zamzam posted on 9-12-2014 10:14 PM
dino musti bangga dpt mb bagus....

yg ni bleh puji skit... skit je...
Quote cmf_herrhughie 9-12-2014 10:41 PM
Sekali lagi, Islam tak hormat non Muslim.
Quote R2D2 9-12-2014 10:43 PM
gerai2 makan depan masjid time Jumaat apa kurangnya
dah masuk azan kedua pun masih gigih berniaga sehingga AJK terpaksa bagi warning
Quote PEPPERMAN 9-12-2014 11:54 PM
at least ada satu usaha
Quote Komrade 9-12-2014 11:56 PM
cmf_herrhughie posted on 9-12-2014 10:41 PM
Sekali lagi, Islam tak hormat non Muslim.

Sekali lagi, non Muslim tak hormat Islam.
Quote noraidil_06 9-12-2014 11:57 PM
Kenapa plak nk kena tutup.dah satu hal pulak nk buka balik.nak gi solat, pegi jelah.
Quote Suchi 10-12-2014 12:02 AM
abis yg non muslim tak kata apa2 ke ye?
mmglah satu usaha yg baik tp
Quote lostfaith 10-12-2014 12:04 AM
Sembahyang pun nak paksa paksa. Apa punya perangai nak serupa cam taliban. Sembahyang urusan personal antara manusia nganTuhan. Buat apa masuk campur. Dia nak sembahyang dia gi lah. Dia tak nak lantak pi kat dialah. Duk sibuk urusan ibadat orang lain, sendiri amalan dah sempurna sgt ke? Dah confirm ke tempat kat syurga.
Quote cubby_qt 10-12-2014 12:13 AM
Tak setuju.. waktu solat jumaat la senang shoping.. x ramai orang..

budak2 x solat.. bkn salah pasaraya..

lagipon... klu dah malas solat.. pasaraya tutup pon.. depa akan lepak tempat lain punya la.. klu dah syaitan dlm hati tu.. mmg susah nak bentuk.. kecuali... kenekan denda bila tertangkap tak solat...
Quote cmf_herrhughie 10-12-2014 12:16 AM
Pasal muslim malas pi masjid, non muslim pun terlibat, muslim malaysia mmg tak hormat agama lain, pui
Quote Orix 10-12-2014 12:21 AM
cubby_qt posted on 10-12-2014 12:13 AM
Tak setuju.. waktu solat jumaat la senang shoping.. x ramai orang..

budak2 x solat.. bkn salah p ...

kan.. motip sgat salahkan pasaraya..
Quote caprut 10-12-2014 12:22 AM
Nmpk sgt rmai x pnh kjer retail. Dan aku rsa msti rmai yg kjer gomen ni. Huh
Quote sekngucing 10-12-2014 12:27 AM
setuju
tramai bekerja waktu jumaat, dipaksa
nak berenti kerja tak boleh, nak solat tak boleh sebab dipaksa boss
jadi mcm waktu opis atau stesen minyak waktu jumaat, semua pompuan, senang aje
Quote sekngucing 10-12-2014 12:28 AM
cmf_herrhughie posted on 10-12-2014 12:16 AM
Pasal muslim malas pi masjid, non muslim pun terlibat, muslim malaysia mmg tak hormat agama lain, pu ...

you takkan tak pernah tgok company swasta ka kerajaan ka semua lelaki pegi solat masa jumaat
opis memang kosong
apa kaitan dgn non muslim??

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.044281 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top