Sehingga hari ini, tidak perlu tunggu umur lanjut nak gugur rambut. Zaman di mana pencemaran udara dengan pencemaran global ini, seawal usia 13 tahun pun boleh gugur rambut. Walhal umur 13 tahun la baru zaman kita mahu mengenali kecantikkan, baru mahu gatal-gatal mencuba produk baru.
Alahai tak kan la 13 tahun rambut sudah menipis. Sebenarnya, banyak faktor yang mempengaruhi keguguran rambut. Sering kita menyalahkan persekitaran yang kotor. Memang benar, ada kebenarannya namun keguguran rambut ini adalah punca yang kita sendiri buat tanpa sedar. Antara faktor keguguran rambut ini adalah: 1.Keturunan - Kalau anda berada di dalam katergori ini, mungkin juga perkara ini tidak boleh dihindari. Namun pencegahan boleh dilakukan dari awal.
2. Ubat-ubatan- Ubatan yang mempunyai bahan kimia memang mempunyai efek yang amat tinggi untuk menggugurkan rambut. Periksa ubatan yang anda ambil secara harian. 3. Penyakit - Penyakit seperi Diabetis dan Lupus merupakan antara penyebab utama keguguran rambt. 4. Stress - Salah satu masalah biasa yang di alami oleh wanita zaman ini. Tanpa sedar, apabila kita mengalami stress, badan akan menghantar signal letih kepada badan, seterusnya mengganggu proses pertumbuhan rambut. 5. Hamil - wanita hamil juga berisiko mengalami keguguran rambut namun hanya bersifat sementara. Pengambiilan gizi dan nutrisi makanan yang tepat, mungkin akan mengembalikan rambut anda kepada normal.
Oleh itu, mari cepat atasi masalah keguguran rambut. Jangan nanti kita dilihat tua sebelum usia. Dengan ini LadyLista kongsikan antara tips mudah buat pembaca LadyLista:
1. Lidah Buaya Selalu lah menggunakan lidah buaya untuk perapi rambut anda. Bagi yang sukar mengenali lidah buaya, tumbuhan ini boleh dikatakan seperti kaktus kerana isinya bersifat lendir. Pergi sahaja di mana-mana kedai pasu bunga dan jadikan antara hiasan taman anda hari ini.
2. Madu Madu ya, bukan bermadu. Seeloknya guna madu yang asli yang tidak bercampur dengan kandungan gula. Paling penting, gunakan madu dan urut di sekitar kulit kepala yang mengalami keguguran. Urutan secara membulat dapat membuatkan madu meresap dengan lebih cepat. 3. Teh hijau Teh Hijau ini memang kita semua sedia maklum mempunyai bahan antioksida yang tinggi. Pendek kata sangat sesuai untuk badan kita. Paling penting untuk mengubati keguguran rambut ini adalah meletakkan pada kulit kepala tersebut. Jadi caranya adalah menggunakan air lebihan teh hijau tersebut. Bancuh teh dan dibiarkan semalaman dan diurut pada kulit kepala.
4. Daun Saderi Daun saderi sebenarnya mengandungi vitamin seperti zat besi, vitamin A, B, natrium dan kalsium bermanfaat untuk menjaga rambut agar lebih kuat, sihat dan tampak bersinar. Jadikan daun saderi sebagai mask rambut anda. Caranya, kisarkan daun saderi bersama telur. Setelah itu, ramas pada kulit kepala anda. Biarkan selama 20 minit dan bilas. Seeloknya dibilas menggunakan air panas.
5. Avokado Walaupun buah avokado ini bukan buah yang tumbuh di Malaysia namun ada banyak dijual di pasaraya besar di seluruh kota. Avokado ini mengandungi tinggi vitamin dan juga asam lemak. Justerus itu, isinya yang bersifat lemak itu yang digunakan pada akar rambut. Caranya, hancurkan isi avokado dan ramas isinya tadi pada kulit kepala anda. Biarkan selama 20 minit. Bilas. Selamat Mencuba |
alexandria_iz posted on 11-8-2014 02:46 AM
amalkan makanan kaya dengan zat besi (zinc). utk rambut.
atau amek je supplement zinc dari Shakle ...
ADVERTISEMENT