Che Ta Dilihat Langgar Pantang-Cakap Tak Serupa Bikin
Tahniah Diva ucapkan kepada pelawak popular, Johan Raja Lawak yang baru sahaja dianugerahkan cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta, Ozlyn. Lama juga Johan dan Ozlyn menunggu untuk menimang anak perempuan.
Apa tidaknya, sebelum ini pasangan berkenaan sangat berharap dikurniakan anak perempuan selepas ketiga-tiga permata hati mereka adalah lelaki.
Bila dah buka cerita pasal artis bersalin, baru-baru ini Diva berkesempatan bertemu dengan teman baik Diva yang menetap di Batu Pahat, Johor. Lama sudah kami tidak berjumpa sejak kawan baik Diva yang mahu dikenali sebagai Sally itu berkahwin.
Kata Sally, ketika dia sedang memilih beg tangan koleksi terbaharu jenama Coach di Johor Premium Outlets (JPO) di Johor Bahru Jumaat minggu lalu, dia terserempak dengan aktres popular, Che Ta bersama suami dan anaknya.
Amboi, makan hati Diva dengar. Mana tidak cemburu, Sally memberitahu, dia saksikan dengan mata apabila pasangan selebriti popular itu sedang asyik membeli-belah di salah sebuah kedai berjenama di JPO. Tapi yang Diva hairan bukankah Che Ta baru sahaja bersalin dan sedang dalam pantang?
Kata Sally lagi, Che Ta yang ditemui pada ketika itu memakai skirt pendek dan stokin panjang sambil sedang seronok berjalan-jalan di JPO pada waktu tengah hari. Amboi, bukan main lagi Che Ta!
Terdiam Diva saat Sally bercerita pasal aktres berusia 41 tahun sedang gigih membeli-belah walaupun sedang dalam pantang.
Sebelum ini, beria-ria mahu berpantang untuk tidak keluar rumah selama 45 hari bagi mengembalikan kecantikan tubuh badannya.
Apa sudah jadi, baru masuk hari ke-28 melahirkan anak sudah keluar ‘bershopping’. Mana perginya azam nak berpantang sebulan lebih tu.
Bagi Diva, janganlah ikutkan nafsu sangat. Walaupun perasaan sedang meluap-luap, tetapi kesihatan kena jaga dik oi. Kang tak pasal-pasal kena tahan wad, siapa yang susah nanti. Bukan ke Mr. Zain yang pening kepala nanti.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|