Eqa Harap Penjenayah Terima Hukuman Setimpal Wajah Eqa selepaskejadian.Gambar kecil: Wajah Eqa sebelum kejadian.
PASIR PUTEH - Pengalaman ngeri ditumbuk dan ditoreh muka dengan pisau oleh penjenayah yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Seri Aman di sini, Sabtu lalu sudah semestinya menjadi peristiwa yang tidak akan dilupakannya. Walaupun berkemungkinan menjadi parut kekal, mangsa, Nur Shafiqa Lah, 22, yang masih dalam keadaan trauma bersyukur kerana selamat dan berjaya mempertahankan maruah diri. "Saya terima ketentuan ini. Saya berharap penjenayah terbabit dapat ditangkap dan menerima hukuman setimpal,” katanya ketika menerima kunjungan Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di rumahnya di sini, semalam. Anak kelima daripada enam adik beradik itu meminta untuk tinggal di rumah kakaknya, Hulma Lah, 35, di Bachok selepas dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), petang kelmarin kerana masih takut untuk kembali ke rumahnya. Hulma berkata, adiknya masih memerlukan sokongan moral untuk kembali pulih dan meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan berita yang bukan-bukan di laman sosial kerana ia akan mengganggu fikiran adiknya. “Saya berharap orang ramai memahami keadaan ini. Ketika ini, saya sendiri akan jaga dia dan harap polis berjaya mengesan kedua-dua penjenayah terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya. Tunang Eqa, Azija Zafran Zakari, 24, berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada Eqa sendiri yang memaklumkan mengenai kejadian itu. “Saya sentiasa memberi semangat kepadanya dan faham keadaannya yang memerlukan rehat yang cukup bagi menenangkan fikiran,” katanya. Mereka yang bertunang April lalu dan merancang untuk berkahwin pada bulan Mac tahun depan tidak bercadang untuk mengubah jadual tersebut. Sementara itu, Mas Ermieyati yang diiringi Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dan Ketua Puteri Umno Pasir Puteh, Marshela Ali ketika ditemui berkata, pihaknya menyampaikan sumbangan Biro Kebajikan Umno berjumlah RM5,000 kepada mangsa. Katanya, Puteri Umno akan terus mengaktifkan tabung kebajikan sedia ada bagi membantu mereka yang menjadi mangsa kekejaman penjenayah atau bencana alam. “Dana itu sudah ada, kita hanya perlu menggerakkannya semula supaya lebih banyak pihak mendapat manfaat daripadanya,’ katanya. Dalam kejadian tersebut, Eqa dan ibunya, Hat Tema Mat Zain, 58, cedera parah akibat ditoreh penjenayah yang menceroboh rumah mereka kira-kira jam 1.40 petang. Kedua-dua suspek melarikan diri apabila Eqa yang berjaya mengunci bilik dari dalam memekik dari tingkap meminta pertolongan. Sementara itu, polis masih memburu dua suspek dalam kes rompak dan toreh wajah Eqa, Ahad lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan lazim berkata, setakat ini, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh meneruskan operasi memburu suspek terlibat. “Kita sedang mengenal pasti dua lelaki menaiki motosikal jenis LC ketika melakukan rompakan terbabit, dipercayai merupakan orang tempatan di kawasan berhampiran. “Buat masa ini, kita masih menyiasat motif dan punca kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan menyebabkan kecederaan,” katanya.
|
Modngengade posted on 4-12-2014 02:35 PM
kesian adik ni....kenapalah kejam sgt perompak tu...nk samun..samunjer la..tk payahlah nk toreh muka ...
cocorex posted on 4-12-2014 12:13 PM
Hari2 citer psl dia..org lain pun pernah kena gak mcm nie..tp xder plak hari2 nk kluar paper..semak ...
rawahah posted on 4-12-2014 11:50 AM
sian.. kalau x mekap xde la cun mana pun..
cocorex posted on 4-12-2014 12:13 PM
Hari2 citer psl dia..org lain pun pernah kena gak mcm nie..tp xder plak hari2 nk kluar paper..semak ...
ADVERTISEMENT