CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakan Tunang Nafi Terbabit

5-12-2014 05:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5567| Komen: 2

Description: “Saya Akui Mengenali Mangsa, Tetapi Tidak Rapat. Sebagai Rakan, Tidak Mungkin Saya Sanggup Buat Perkara Itu Kepada Tunangnya, Malah Saya Sudah Lama Tidak Pulang Bercuti Kerana Sibuk Dengan Latihan ...
Rakan tunang nafi terbabit


Pasir Puteh:  “Saya tidak terbabit dalam kejadian itu,” tegas Wan Muhd Apaf Shah Wan Ismail, 25, selepas gambarnya tersebar dalam laman sosial dan dikaitkan sebagai suspek kes samun dan toreh muka seorang wanita, Ahad lalu.

Menurutnya, dia hanya tahu  gambarnya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApps selepas menerima panggilan daripada rakan di kampung.
Katanya, ketika kejadian, dia berada di Kuala Lumpur kerana  menjalani latihan industri.

“Selepas gambar itu tersebar, saya menerima puluhan panggilan daripada keluarga dan rakan memaklumkan perkara itu.

“Saya tidak pasti mengapa gambar saya disebarkan sama ada sekadar bergurau atau mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Menurutnya, dia mengakui berkawan rapat dengan tunang mangsa Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, kerana pernah bersekolah di sekolah sama sebelum ini selain turut mengenali mangsa.

“Saya akui mengenali mangsa, tetapi tidak  rapat. Sebagai rakan, tidak mungkin saya sanggup buat  perkara itu kepada tunangnya, malah saya sudah lama tidak pulang bercuti  kerana sibuk dengan latihan industri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang untuk siasatan lanjut.


Bapa Wan Muhd Apaf, Wan Ismail Wan Daud, 50, berharap polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar anaknya bagi membersihkan imej dia sekeluarga.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=843584&extra=&page=28


Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote zeeroo 8-12-2014 08:58 AM
tu bukan btul tu kucen_miang.. tu solekan khas tu.. rasanya dia belajar kursus solekan kt giatmara tu...
Quote kucen_miang 5-12-2014 06:48 PM
Teruknya kecederaan dia..kesian

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.176459 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top