CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awasi individu toreh beg

12-6-2013 01:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8382| Komen: 41

Description: BERCHAM – Orang ramai terutama golongan wanita dinasihatkan untuk lebih berhati-hati meskipun sekadar berkunjung ke pasar awam berikutan kejadian cubaan mencuri yang berlaku di sini, Sabtu lalu.

Lai Kuen menunjukkan beg kitar semula yang dibawanya semasa kejadian ditoreh
sepanjang 22 sentimeter untuk mendapatkan dompetnya sambil diperhatikan oleh Swee Kong.

BERCHAM – Orang ramai terutama golongan wanita dinasihatkan untuk lebih berhati-hati meskipun sekadar berkunjung ke pasar awam berikutan kejadian cubaan mencuri yang berlaku di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, seorang warga emas nyaris menjadi mangsa apabila tanpa menyedari beg kitar semula yang disandangnya ditoreh oleh seseorang dengan menggunakan senjata tajam.

Bagaimanapun, Chaw Lai Kuen, 62, tidak mengalami kerugian apabila semua barang berharga miliknya termasuk telefon bimbit jenama Iphone barunya tersimpan di beg kecil yang dibawanya.

Menurutnya, dia menyedari begnya telah ditoreh ketika ingin membayar sayur yang dibelinya dari salah seorang peniaga di pasar berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

“Menjadi kebiasaan saya untuk berjoging sambil menuju ke pasar kerana rumah terletak kira-kira 500 meter dari pasar terbabit. Hari minggu, pasar berkenaan menjadi tumpuan penduduk.

“Saya terkejut apabila mendapati beg saya bocor ketika mengambil wang di bahagian kecil beg terbabit. Saya agak bernasib baik apabila semua barangan berharga diletakkan dalam beg kecil dalam beg terbabit,” katanya ketika ditemui di pejabat Rukun Tetangga Kawasan Bercham di sini, semalam.

Bagaimanapun, Lai Kuen tidak membuat laporan polis berikutan tidak mengalami apa-apa kerugian dalam kejadian itu.

“Saya percaya beg saya ditoreh ketika sedang berasak-asak dalam pasar awam itu untuk membeli sayur-sayuran,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga Bercham, Tan Swee Kong berkata, dia percaya ramai pengunjung yang menerima nasib sama seperti Lai Kuen tapi mendiamkan diri.

“Ini satu sindiket yang sentiasa bergerak untuk mencari mangsa yang membawa beg tangan yang senang ditoreh dan ‘berduit’ ketika bersesak-sesak-sesak di pasar raya atau kawasan tumpuan awam.

“Kaum wanita diminta berhati-hati dengan taktik penjenayah itu. Kita pernah berusaha mengesan mereka namun gagal,”


Beg milik Lai Kuen ditoreh oleh penjenayah dalam cubaan mencuri di Pasar Awam Bercham, Sabtu lalu.

6

Bagus
9

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gogo2 12-6-2013 12:02 PM
Kenapa letak dompet dlm beg kitar semula? mmg bodoh amoi nih...
Quote spiderman80 12-6-2013 12:08 PM
gogo2 posted on 12-6-2013 12:02 PM
Kenapa letak dompet dlm beg kitar semula? mmg bodoh amoi nih...

Ko lah yang bodoh... tu ah soh lah, bukan amoi.
Quote fifie_olin 12-6-2013 12:14 PM
nsb pakai beg recycle x psl2 kena potong...
slamat ipong nenek...
Quote gogo2 12-6-2013 12:14 PM
spiderman80 posted on 12-6-2013 12:08 PM
Ko lah yang bodoh... tu ah soh lah, bukan amoi.

eh, tadi I tengok muka cam amoi

ada iras2 cass phang
Quote idril 12-6-2013 12:14 PM
spiderman80 posted on 12-6-2013 12:08 PM
Ko lah yang bodoh... tu ah soh lah, bukan amoi.

baru bc tajuk terus komen, gini la jadiknyer
Quote wajaman 12-6-2013 12:16 PM
kalau ko g jln TAR tu,lg la...dgn keadaan sesak2 konpom beg2 ko senang di aim untuk ditoreh....
Quote none88 12-6-2013 12:23 PM
ishh macam2 cara la ni....
Quote md.jie 12-6-2013 12:27 PM
nasib beg saja kena toreh bukan orang
Quote nottie 12-6-2013 12:37 PM
kes mcm ni dh berlaku 3 4 bln sudah..happen kt my anty masa g pasar mlm area selayang..my anty ckp mayb pencuri to da aim coz dia toreh betul2 kat tmpat my anty letak purse dia..
Quote ell768 12-6-2013 12:54 PM
main toreh2 laa plak nampak..dasar penyangak!
Quote PEPPERMAN 12-6-2013 12:58 PM
penyamun semakin berkuasa hingga kita rakyat dilabel bodoh, cuai, tak berhati2.....

oh malaysia ku.....
Quote xpdckelate 12-6-2013 01:04 PM
apsal x beli sayur kat pabilion,kan aman gittewwww,ahaha
Quote dewimalam78 12-6-2013 06:27 PM
Sy Sejak kena samun..hi kedai bw beg kain Samsung. Sayang dohh guna handbag mahal Lps tu kena curi
Quote medd 12-6-2013 10:08 PM
ada2 jer idea perompak ni

tu pasal aku kalau nak g tempat sesak mcm jalan tar tu tak suka bawa henbeg. dompet pn x bawa. bawa ic n duit cukup2 jer masuk dlm poket yg ada zip.
teringin nak pakai pouch bag lilit kat pinggang tu tp cm x sesuai lak pompuan pakai. yg tu lagi selamat rasanya.
Quote kaknab 12-6-2013 10:27 PM
tapi payah jugak x pakai/bawa hbag ni.. mcm2 perkara penting harus ada bersama dgn kita...
Quote assafdiyah 12-6-2013 10:50 PM
pakai sling bag ... halakan beg ke depan .. lebih selamat.. dan trend sekarang
Quote linnytuckming2 12-6-2013 11:00 PM
Style baru lak, toreh dan menang!!
Quote ladyxez 12-6-2013 11:50 PM

kat Pasar baru Bandung camni lah , tour agent pesan pasal mende ni lah, hati2 buk , begnya letak di depan , bimbang ditoreh .....  
Quote munchkin 13-6-2013 12:03 AM
harus berhati hati

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.075195 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top