Izzue Islam Dah Beli 2 Rumah Dalam diam-diam, pelakon dan penyanyi, Izzue Islam rupa-rupanya sudah memiliki dua buah rumah iaitu sebuah di Klang, Selangor, dan sebuah lagi di Perak. Bagi Izzue, kedua-dua buah rumah tersebut merupakan hadiah buat dirinya sendiri setelah bekerja keras sepanjang tahun 2014 ini. Ini juga satu pencapaian yang patut dibanggakan bagi seorang individu yang baru berusia 24 tahun. Dalam usia semuda itu, Izzue sudah memiliki dua buah aset yang berguna sebagai tempat untuk berteduh terutamanya di hari tua nanti. “Ini adalah hadiah untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, sepanjang tahun ini, banyak juga job yang saya terima dan hasil daripada kerja keras saya ini, saya gunakan untuk membeli kedua-dua rumah ini. “Saya kenalah mengumpul harta dari sekarang untuk kemudahan keluarga saya suatu hari nanti, ” kata Izzue kepada Mangga Online. Namun, buat masa ini, Izzue dan isterinya, Awin Nurin masih belum berpindah ke rumah baru mereka. Rumah yang sudah siap proses pembinaannya ini terletak di Klang. Sementara sebuah lagi rumah milik Izzue terletak di sebuah daerah di Perak. Rumah kedua milik Izzue ini pula masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan. Buat masa ini, Izzue dan Awin masih tinggal di Kuala Lumpur. Dia juga masih belum membuat keputusan, sama ada akan berpindah ke Klang atau tidak pada tahun hadapan. Begitu juga dengan rumahnya di Perak yang masih belum siap pembinaannya. Kedudukannya yang jauh daripada ibu kota yang menjadi pusat kepada kerjaya seni Izzue mungkin menjadikan rumah ini sebagai rumah percutiannya nanti. Suka Kerja Amal Sementara itu, Izzue juga mengakui suka melibatkan diri dengan kerja-kerja amal. Tidak hairanlah dia terus bersetuju ketika dipelawa untuk menyertai program amal 1MKL Saturday Charity Carwash KL Tower – URTV di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menerusi program amal tersebut, Izzue telah mencuci kereta peminat yang telah membuat bidaan tertinggi untuk mendapatkan khidmatnya itu. Selain Izzue, program amal ini turut disertai oleh beberapa bintang popular lain iaitu Keith Foo, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Miera Liyana, Nur Risteena, Julia Zieglar, Aweera, Zoey dan Ziabella. Mereka mendapat kerjasama para ahli Kelab Wira Aeroback Performance yang turut membantu para artis ini mencuci kereta peminat. Hasil daripada kutipan amal ini disumbangkan kepada Persatuan Down Syndrome Malaysia. “Macam mana sibuk sekali pun, saya akan mencari ruang untuk terlibat dengan kerja-kerja amal. “Saya seronok apabila dapat membantu kembali insan-insan istimewa yang memerlukan. Saya juga cuba untuk menggembirakan mereka. “Bagi saya, golongan artis patut menjadi contoh yang baik kepada orang ramai agar lebih bermurah hati dan tenaga dalam membantu insan-insan istimewa yang memerlukan,” cerita Izue yang turut ditemani isteri merangkap pengurus peribadinya, Awin. Pasangan suami isteri ini djiangka pergi ke Seoul, Korea, pada 9 hingga 15 Disember ini. Ia merupakan program percutian bersama sekumpulan peminat Izzue. Siapa tahu, mungkin percutian ini juga dapat membantu usaha Izzue dan Awin untuk mendapatkan cahayamata nanti.
|
ellynorman posted on 3-12-2014 10:23 AM
alaaaa... takyah la letak tajuk laki awin... izzue islam pon orang kenal.dahh...
ADVERTISEMENT