CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Rita Rudaini Impi Anak-Anak Jadi Hafiz

1-12-2014 05:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19129| Komen: 146

Description: Kontroversi Yang Melanda Selebriti Ini Bersama Bekas Suaminya, Aidil Zafuan Juga Dilihat Tidak Mematahkan Semangatnya Untuk Menjadi Wonder Mama Dalam Usaha Membesarkan Dan Mendidik Anak-Anaknya.
Rita Rudaini Impi Anak-Anak Jadi Hafiz


Sayu hati kami melihat pengorbanan dan usaha aktres terkenal, Rita Rudaini yang terpaksa bersusah payah membesarkan anak-anaknya sendirian.

Setiap ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak yang dikandung supaya menjadi insan berguna suatu hari nanti.

Meskipun, Rita Rudaini sentiasa sibuk dengan jadual penggambarannya yang padat, nampaknya Rita sentiasa menitik beratkan soal pelajaran dan agama kepada anak-anaknya. Alhamdulillah..

Kontroversi yang melanda selebriti ini bersama bekas suaminya, Aidil Zafuan juga dilihat tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi wonder mama dalam usaha membesarkan dan mendidik anak-anaknya.

Baru-baru ini, Rita berkongsi dengan peminat gambar anak-anaknya di Instagram.

Apa yang menarik hati kami ialah, gambar anak-anaknya sedang mengaji dan kapsyen yang ditulis Rita amat menyentuh hati.




Kata ibu tunggal ini, dia amat berharap dan mendoakan supaya anak-anaknya suatu hari nanti akan menjadi seorang hafiz seterusnya memimpin dia ke syurga Ilahi.

Seronok mendengar cerita Rita tentang kisah anak-anaknya yang kini amat gemar mengaji hingga pelakon ini sendiri akui amat tersentuh melihat perilaku anak-anak kesayangannya.

Iyelah, ibu mana yang tak gembira melihat proses pembesaran anak-anak lagi-lagi menggunakan kudrat diri sendiri seperti Rita.

Apa pun, kami doakan semoga doa dan impian Rita Rudaini termakbul. Ameen…





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amiraira 29-11-2014 11:07 AM
Aamiin....
InsyaAllah dgn izinNya...termakbul ...
Quote ellZack 29-11-2014 11:31 AM
ada dia post video ryan ajar dik mok baca surah sebelum tido..
Quote dino 29-11-2014 11:34 AM
yg si ibunya mcm mana plak....
Quote salju_mutiara 29-11-2014 12:49 PM

Amin....

suka sgt tgk anak2 rita....
Quote addamnor 29-11-2014 12:49 PM
yang mommy nya tetap choi sebegituh.. tapi anak tetap verangan nak hafiz pelbagai.. walaupon tidak selari saya tetap sokong cita2 kamu itu.
Quote perembes 29-11-2014 12:49 PM
Rita la wanita plg tabah di mesia... Satu2nya wanita cekal.... Satu2nya IBU tunggal membesarkan anak di media...satu2nya ppuan XDA laki..lakinya jahat
Quote jamilah 29-11-2014 01:06 PM
alhamdulillah... kita siapa nak nilai siapa ibunya.. sekurangnya dia tak meleser dengan jejantanz2...
Quote setokinpurple 29-11-2014 01:18 PM
Nora danish dulu pon kompang nak anak dia jd hafiz.
Quote cektim 29-11-2014 01:32 PM
xpala
niat kan dah ada tu
doakan yg baik2 aja
mna tau jd mcm alif anak arwah sh aini ka
Quote ahmad_dhani91 29-11-2014 01:34 PM
addamnor posted on 29-11-2014 12:49 PM
yang mommy nya tetap choi sebegituh.. tapi anak tetap verangan nak hafiz pelbagai.. walaupon tidak s ...

khannn medam khannnn walau pun mak bapaknya ala2 verangan tetap disanjung cita2 anak2 theols yang suci itew
Quote sharlenetexas 29-11-2014 02:25 PM
nora Danish nak anak jadi hafiz. farid kamil dan Diana Danielle pun nak anak jadi hafiz.
kadang2 paper duk tulis nak anak jadi 'tahfiz'. jadi maahad tahfiz ke?
Quote cupu 29-11-2014 02:50 PM
setokinpurple posted on 29-11-2014 01:18 PM
Nora danish dulu pon kompang nak anak dia jd hafiz.

nora dah xingat kot apa yg dia cakap ari tu...maklumlah glemer sejak dua menjak ni..

nora ngan rita,nora beruntung sbb jejai xlupa bg nafkah,jg anak.tp nora plk nmpaknya yg semakin sibuk sgup tgal anak asal dpt seronok ngan geng dimorian tu.

yg rita plk,laki kemain ssh nak ajak bincang.pergi court pun pyh.hidup dia keje ngan anak2 jer.kuat sguh dia fight demi anak2.wlupun org kata mcm2.yg kata dia selalu canang hal dia kt paper,tu psl dia artis.tmbh plk case dia meletup.wartawan dok tgu2..siapalah kita nak hakimi dia.berat mata memandang,berat lg bahu memikul.
Quote tengokjerrr 29-11-2014 03:28 PM
doa yg terbaek dah la ... semoga apa yg dilakukan oleh anak2nya membuka matanya utk dia turut sama berubah terutama tang kelancangan bersuara tu tanpa melihat kesilapan diri.

rasanya hidup dia sekrg jauh lebih oke berbanding dgn edel dulu. Allah dah bagi ruang terbaek utk dia berpikir dan hidup lebih aman dgn anak2.
Quote Jamilahbebee 29-11-2014 03:40 PM
addamnor posted on 29-11-2014 12:49 PM
yang mommy nya tetap choi sebegituh.. tapi anak tetap verangan nak hafiz pelbagai.. walaupon tidak s ...

khennn...walaupon ibu cenggitu takpelah ahkak tetap doa tok rita
Quote addamnor 29-11-2014 03:45 PM
Cuba baca caption beliau d bawah, ala ala beliau lah wanita tertabah alam maya.. Biarpun dunia sejagat tahu beliau sebenarnya meroyan utk dirinya bukan utk anak2 nya.. Apa pun anak tetap nak tahfiz kay... Ko ada???
Quote juliez 29-11-2014 03:46 PM
Nasihat saya kepada rita, lain kali tidak perlu la mengwar2kan cerita anak nak jd hafiz ni. Bukannya apa, selagi la anak2 nya tak dihantar ke sekolah tahfiz, selagi tu la haters u akan mencerca u kununnya berkompang la, berangan la, cakap2 kosong la, sampai 7 keturunan pun tak habis mereka memukul canang dan menjadikannya modal utk mencerca. Spt cth artis janda yg lagi sorang tu kan. Sampai skrg ni tu je la modal yg digunakan haters.

Jadi bila sampai masanya kelak anak nak dihantar ke sekolah tahfiz, dah register baru la war2kan kpd reporters.

Dan saya doakan utk artis2 yg sebelum ni pernah keluarkan statement yg sama, semoga Allah swt permudahkan urusan kalian. Amin Last edited by juliez on 29-11-2014 03:48 PM

Quote Pajeri_Nenas 29-11-2014 04:04 PM
musim artis dok paksa anak jd hafiz.jgn dipaksa nanti hasilnya terbalik
Quote kontang 29-11-2014 04:12 PM
Jgn jd ketam ajar anak berjalan ... Rita pun cubalah berubah ke arah kebaikkan .. elakkan dari berlakon berpeluk2 kan ... jaga mulut ... anak nak masuk maahad tahfiz pun tak lah rasa malu ...

Apa pun baguslah ada impian untuk lihat anak2 menjadi insan soleh ....
Quote saphirra282 29-11-2014 04:15 PM


Not impossible jika anak2 RR jadi hafiz satu hari nanti jika Allah nak.

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.063064 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top