CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Minta Pengunjung Jauhi Cameron Highlands

1-12-2014 11:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7431| Komen: 25

Peniaga berhimpun bantah kenyataan Nazri


Sekumpulan 50 orang peniaga berhimpun di Cameron Highlands hari ini bagi membantah kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kawasan itu tidak selamat.

Kumpulan berkenaan mula berhimpun di Tanah Rata pada tengahari, kata penganjur perhimpunan tersebut, Cheng Hon Nan ketika dihubungi.

"Kami mahu menteri pelancongan menarik balik kenyataannya dan meminta maaf,” kata Cheng yang menambah, kenyataan tersebut akan menjejaskan industri pelancongan di kawasan tersebut.

Katanya, bantahan tersebut antara lainnya disertai pengusaha gerai, restoran dan hotel murah.

Kenyataan Nazri itu timbul susulan banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands pada awal bulan ini yang mengorbankan lima nyawa.

Ia merupakan susulan kepada kejadian sama yang berlangsung tidak sampai setahun lalu, yang mengorbankan tiga nyawa.

Nazri pada 24 November lalu dilaporkan sebagai berkata, Cameron Highlands tidak selamat kerana risiko banjir.

Beliau turut menasihatkan pengunjung agar mengelakkan kawasn itu buat masa ini.

8

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
14

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 30-11-2014 05:22 PM
bantah jgn tk bantah.
Quote obelisk 30-11-2014 05:34 PM
kalau ada berlaku kematian lagi ko nak tanggung?
Quote abibah 30-11-2014 05:35 PM
ye ke? Bukan dia cakap pasal Sabah ke? memandai je ko ni
Quote famri7 30-11-2014 05:37 PM
Selayaknya sis..tamak haloba smuanya..turmasuk muntri2..cash saja.
Quote mattzzx 30-11-2014 05:40 PM
Nanti hotel2 dan tempat pelancungan akan sunyi sepi tanpa pelancung...
Quote R2D2 30-11-2014 05:46 PM
Pengusaha industri pelancongan jemput Nazri lawat Cameron Highlands
Akhbar Cina
Cameron Highlands - 25 Nov 2014 (5 days ago)


Pengusaha-pengusaha industri pelancongan di Cameron Highlands mengajak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz melawat tempat peranginan yang dilanda pelbagai kontroversi tersebut.

China Press melaporkan, pengusaha-pengusaha tersebut tidak berpuas hati dengan kenyataan Nazri bahawa Cameron Highlands kurang selamat untuk dikunjungi.

Persatuan-persatuan yang tidak berpuas hati tersebut mewakili pengusaha penjaja produk pelancongan, peniaga cenderamata, pemandu pelancong, pengusaha bas persiaran dan pemilik restoran.

Mereka berpendapat kenyataan Nazri bahawa Cameron Highlands tidak selamat telah mengelirukan pelancong sekali gus menjejaskan industri pelancongan di situ.

Kenyataan Nazri dikhuairi akan memberi kesan kepada pelancongan di Cameron Highlands terutamanya pada musim cuti sekolah ini.

Dalam satu majlis yang diadakan di Cameron Highlands, mereka turut melahirkan rasa kecewa terhadap Nazri kerana tidak pernah melawat Cameron Highlands sejak menjadi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Menurut mereka, kawasan yang berlaku bencana banjir dan menjadi tumpuan operasi menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) seperti di Bertam Valley bukan destinasi pelancongan di Cameron Highlands.
Quote sabbath_shalom 30-11-2014 05:55 PM
Kerajaan Negeri dan Pusat..BN..Adun dan Parlimen dkat situ pon Bn.

Rakyat sendiri dah x terbela..periuk nasik ditabur pasir oleh pak muntri sendiri.

Jatuh ditimpa tangga.
Quote AbukRokok 30-11-2014 05:58 PM
mmg xselamat pun dgn musim hujan skrg
peniaga tau mau untung je laon apa xtau.
Quote CiliPadiSedap 30-11-2014 05:58 PM
sabbath_shalom posted on 30-11-2014 05:55 PM
Kerajaan Negeri dan Pusat..BN..Adun dan Parlimen dkat situ pon Bn.

Rakyat sendiri dah x terbela.. ...

Bangladesh ada bungalow.income rm 20 ribu sehari
Quote noraidil_06 30-11-2014 06:04 PM
x yah menteri bg statement, I sdri takut nk gi.
Quote batmana 30-11-2014 07:48 PM
tukar jela nama cameron highlands

jadi

cameron banglands

Quote mak_wa95 30-11-2014 07:55 PM
nama highland,tapi banjir gak..kehkehkeh..

Quote Mary_jane 30-11-2014 07:59 PM
Elakkan jela g tmpt tinggi/pantai di musim tengkujuh mcm ni. Malang kn xberbau.
Quote sabbath_shalom 30-11-2014 11:11 PM
mak_wa95 posted on 30-11-2014 07:55 PM
nama highland,tapi banjir gak..kehkehkeh..

Cameron lowland.
Quote sabbath_shalom 30-11-2014 11:13 PM
Mary_jane posted on 30-11-2014 07:59 PM
Elakkan jela g tmpt tinggi/pantai di musim tengkujuh mcm ni. Malang kn xberbau.

Pelik kan ngan org Malaysia ni..musim hujan pon gigeh nak gi kawasan pantai..bukit gunung air terjun...mcm cari bala je.
Quote mak_wa95 30-11-2014 11:13 PM
sabbath_shalom posted on 30-11-2014 11:11 PM
Cameron lowland.

banjirland....

cuti2 orang nak pergi holiday,dia xbagi p pulak..
apa ke bangang..

agak2nya murah la kut sewa hotel..
Quote sabbath_shalom 1-12-2014 12:15 AM
mak_wa95 posted on 30-11-2014 11:13 PM
banjirland....

cuti2 orang nak pergi holiday,dia xbagi p pulak..

Rasanya ramai yg plan nak pergi sana cuti2 sekolah ni...BN bukan pikir pon sebelum bercakap..main taram je.

I rasa next pru mmg jatuh kat pembangkang balik kawasan ni...kesian peniaga kat sana..kalau sayur dan tomato naik harga..rakyat patut salahkan pak muntri umno-BN ni.
Quote mak_wa95 1-12-2014 12:17 AM
sabbath_shalom posted on 1-12-2014 12:15 AM
Rasanya ramai yg plan nak pergi sana cuti2 sekolah ni...BN bukan pikir pon sebelum bercakap..main  ...

memang ramai rancang nak pergi sana..

menteri pelancungan cakap gitu...pelik sangat..



Quote Al-Patih 1-12-2014 05:40 AM

[Tempatan] Kenyataan 'bodoh' pemimpin2 Umno memalukan kami, kata wakil Pemuda Umno
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=842812

                                    

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048214 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top