CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paras Air Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands Meningkat

6-11-2014 10:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2162| Komen: 0

Description: Selain Itu, Difahamkan, Seorang Remaja Lelaki Berusia 13 Tahun Dikhuatiri Lemas Akibat Dihanyutkan Arus Deras Di Sungai Telom, Kuala Terla.
Paras air Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands meningkat


CAMERON HIGHLANDS 5 Nov. - Penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah mulai petang ini apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Hujan lebat selama sejam petang tadi turut menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh, mengakibatkan seorang pekerja ladang warganegara Nepal berusia 47 tahun maut apabila rumah kongsinya ditimbus tanah di Ulu Merah.

Mayat mangsa ditemui pada pukul 7.30 malam ini, namun identitinya belum dapat disahkan.

Rakannya, seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun patah kaki dalam kejadian itu.

Selain itu, difahamkan, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras di Sungai Telom, Kuala Terla.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Wan Zahari Wan Busu berkata, arahan berpindah dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga, dibimbangi air dari empangan yang dilepaskan boleh mengakibatkan banjir lumpur di Sungai Bertam seperti tahun lalu.


Beliau berkata, setakat pukul 10.30 malam ini, keadaan masih terkawal walaupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mula melepaskan air dari empangan secara berperingkat-peringkat.

“TNB telah melepaskan air dari empangan secara berperingkat kerana paras air semakin meningkat ekoran hujan lebat sejak petang ini.

“Penduduk sememangnya sudah dimaklumkan lebih awal supaya sentiasa bersiap sedia untuk dipindahkan ekoran musim hujan ketika ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 23 Oktober tahun lalu, empat orang terbunuh akibat dihanyutkan arus deras apabila air yang dilepaskan dari Empangan Sultan Abu Bakar menyebabkan banjir lumpur di Sungai Bertam.

Sementara itu, beberapa kawasan lain di sini turut dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat selama sejam petang tadi.

Antara terlibat ialah pekan Ringlet apabila air di sungai berhampiran naik melimpahi tebing menyebabkan 150 orang dari 37 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di pekan tersebut.

Banjir kilat menyebabkan rumah yang terletak di tebing sungai dinaiki air, termasuk sehingga ke kawasan rendah di Pasar Ringlet.

Seorang penduduk, Syed Abu Bakar Syed Wan Zan, 30, berkata, penduduk tidak menyangka hujan selama satu jam boleh menyebabkan banjir kilat.

“Hujan begitu lebat mulai pukul 5 petang dan dalam tempoh sejam sahaja air naik mendadak di kawasan ini,” katanya

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=838661&extra=&page=2

18

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
20

Sedih
26

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.032915 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top