CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Tauke Jambu Nafi Isu Gambar Bercumbu Libatkan Dirinya

1-12-2014 09:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15810| Komen: 43

Tauke Jambu Nafi Isu Gambar Bercumbu Libatkan Dirinya



Panas kembali nama pelawak Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 37, setelah dia didakwa merupakan artis lelaki yang bercumbuan dengan seorang wanita dalam beberapa keping foto ‘daring’ yang tersebar.

“Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus terang saya tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil,” katanya kepada akhbar Berita Harian.

Tambahnya lagi, “Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar sahaja. Saya kena tengok dahulu sebelum komen lebih lanjut.”




Menerusi dakwaan sebuah portal hiburan, individu lelaki dalam gambar tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan ragamnya yang sering bertukar teman wanita. Nama Tauke terus disebut ramai kerana dia sebelum ini dikaitkan dengan beberapa wanita.

Selain itu, menurut cerita di sebalik tersebarnya gambar-gambar tersebut, artis berkenaan menghantar telefon bimbitnya ke sebuah kedai untuk diservis.

Malangnya, dia terlupa untuk mengeluarkan kad memori, lantas diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan gambar panasnya di laman sosial.

Ujar Tauke yang beraksi bersama Yus dalam kumpulan Jambu, penyebaran gambar tersebut berkemungkinan dilakukan sesetengah pihak untuk mensabotaj karier dan memburukkan imejnya.

“Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.”


Bagaimanapun, Tauke berkata dia berhasrat untuk mencari individu yang melakukan perkara tersebut andai benar ia merupakan foto miliknya.

Selepas bergabung dengan pelawak Yus dan menggunakan nama Jambu dalam beberapa musim Maharaja Lawak Mega, kini Tauke dan Yus bergabung dengan Zizan Razak membentuk Kumpulan Virus bagi musim ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freekey 30-11-2014 02:07 AM
Statement backing diri sgt mencurigakan. Sangat tidak meyakinkan bahawa sememangnya bukan beliau. Huhu





Quote razeadel 30-11-2014 02:46 AM
Kenapa nk cari org yg sebarkn? Lain mcm punye stetment.l
Quote revolusi_30 30-11-2014 04:07 AM
Tgk janggut mcm sama .. Setakat comolot apada hal nak ngaku .. Benda normal kot.
Quote amiraira 30-11-2014 06:25 AM
Bkn bukan pic diri sendiri
Biar je la....
Esok2 tahu gak sapa kn
Quote Esmiria 30-11-2014 06:54 AM
tauket ni hensem
Quote aderaderker 30-11-2014 08:25 AM
Superimposed untuk menganiayai??
Statement mcm cibs...
Quote de_ikea 30-11-2014 08:28 AM
Esmiria posted on 30-11-2014 06:54 AM
tauket ni hensem

Ehhhmm betul ke uols?
Quote Mamason 30-11-2014 08:30 AM
Ramainya minat tauke nie.... huhuhu
Quote Esmiria 30-11-2014 08:33 AM
de_ikea posted on 30-11-2014 12:28 AM
Ehhhmm betul ke uols?

u ghase???
Quote de_ikea 30-11-2014 08:34 AM
Esmiria posted on 30-11-2014 08:33 AM
u ghase???

Tak ghase apa2 hihihi.

Taste manusia berbeza.
Quote beta_carotene 30-11-2014 08:36 AM
freekey posted on 30-11-2014 01:07 AM
Statement backing diri sgt mencurigakan. Sangat tidak meyakinkan bahawa sememangnya bukan beliau. Hu ...

chuols buat comeback di thread gossip semata2 nak discuss pasal tauke jambu? kelassss

by the way, mencurigakan sangat2. kenapa terhegeh2 nak cari org yang buat kalo bukan gambar ko?
Quote maxim 30-11-2014 08:37 AM
de_ikea posted on 30-11-2014 08:34 AM
Tak ghase apa2 hihihi.

Taste manusia berbeza.

Taste manusia mmg berbeza..malangnya some people got bad taste..
Quote de_ikea 30-11-2014 08:39 AM
maxim posted on 30-11-2014 08:37 AM
Taste manusia mmg berbeza..malangnya some people got bad taste..

Coudnt agree more. Tu yg iols terpana dgn statement tauke is hensem. Kikiki
Quote asampodeh 30-11-2014 10:08 AM
de_ikea posted on 30-11-2014 08:39 AM
Coudnt agree more. Tu yg iols terpana dgn statement tauke is hensem. Kikiki

mgkin ade sesetengah orng beranggapan poket hensem akn mnjadikan seseorng tu hensem kowt.. ohhh tidakkkk...!!!!!
Quote cemolot 30-11-2014 12:17 PM
Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.

belajar dari nabil ke nak keluarkan statement ni?
Quote mitnick 30-11-2014 12:29 PM
Bagaimanapun, Tauke berkata dia berhasrat untuk mencari individu yang melakukan perkara tersebut andai benar ia merupakan foto miliknya


bila diorg nak buang blur2 muka itteww?
Quote prettyuglybabe 30-11-2014 02:24 PM
dia sorang je dok panas nak menjawab..
maknanya dia punya la
Quote skymania 30-11-2014 02:56 PM
superimpose??????????

ko siapa orng nak buat keje gigih macam tuh..

tak payah nak kasik alasan TAIK mcm neh..
Quote Syd 30-11-2014 03:01 PM
skymania posted on 30-11-2014 02:56 PM
superimpose??????????

ko siapa orng nak buat keje gigih macam tuh..

dia ingat dia sape?
fefeeling edry kru pencil 2b?
nak superimpose bagai sgala


eh sekai..
uols tak mo rembes ngan tokey neh kah?

ai rasa dia pandai romen
dan kuat seks arrr

untung uols nanti

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.133971 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top