16 Termasuk Dua Bayi Terperangkap Dalam Lif Hospital!
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, terdapat 13 orang dewasa termasuk dua warga emas bersama dua bayi dan seorang kanak-kanak di dalam lif berkenaan yang terhenti di antara tingkat dua dan tingkat tiga hospital terbabit. Kejadian mengakibatkan, tiga daripada mereka termasuk dua wanita sesak nafas manakala, kedua-dua bayi berkenaan menangis akibat kepanasan sebelum semua mereka berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang ramai. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Ridhuan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 2.12 petang.
"Seramai enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi dan tiba jam 2.25 petang, namun sebaik tiba semua mangsa sudah dikeluarkan kira-kira lima minit sebelum itu. "Mangsa dipercayai berjaya keluar selepas seorang anggota keselamatan mengumpil pintu lif menggunakan batang kayu penyapu," katanya di sini. |
nalis posted on 24-11-2014 07:49 PM
Seriau terperangkap dlm lif
voiletiris posted on 24-11-2014 08:13 PM
tu yg buat aku takut naik lift sorang2....nak2 kalau naik ka tingat yg bebelas2 tingi nya..
insulin posted on 24-11-2014 08:16 PM
Naik tangga je kaka voiletris....Disamping tuh, boleh kurus badan. :loveli ...
ADVERTISEMENT