CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar Bom Dalam Lif

12-3-2014 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4861| Komen: 19

Description: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah Berkata, Hasil Siasatan Pihaknya Mendapati Bungkusan Berkenaan Bukan Bom Sebaliknya Satu Bungkusan Plastik Yang Dibuat Menyerupai Bom.
Petaling Jaya: Suasana sebuah hotel di sini, kecoh seketika apabila pekerja pembersihan hotel berkenaan mendakwa menemui satu bungkusan dipercayai mengandungi bom, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi berkenaan, wanita berusia 40-an itu terkejut apabila menemui bungkusan yang dilekatkan di dalam lif sebelum melaporkan kepada pengurus hotel berkenaan.

Bimbang dengan keadaan itu, pengurus hotel bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan unit pemusnah bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tiba di lokasi kejadian bagi memeriksa bungkusan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati bungkusan berkenaan bukan bom sebaliknya satu bungkusan plastik yang dibuat menyerupai bom.

“Kami menyiasat identiti individu yang meninggalkan bungkusan berkenaan di dalam lif itu termasuk meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup),” katanya.
Menurutnya, motif sebenar perbuatan itu masih lagi disiasat dan pihaknya tidak menolak kemungkinan ia bertujuan menimbulkan kekecohan kepada orang ramai. 

LOKASI dipercayai bungkusan bom dilekatkan di dalam lif.

2

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 12-3-2014 06:39 AM

LOKASI dipercayai bungkusan bom dilekatkan di dalam lif.
Quote shonen 12-3-2014 06:43 AM
Apasal lift buttons tu mcm kena vandalised je...ke unit pengesan bom punya kerja
Quote tongkatwaran75 12-3-2014 07:36 AM
shonen posted on 12-3-2014 06:43 AM
Apasal lift buttons tu mcm kena vandalised je...ke unit pengesan bom punya kerja

dah kata aduan bom ada kat situ...
mmg la kena kopak...

Quote chinta89 12-3-2014 08:02 AM
hotel mana??????????
Quote xtahumenahu 12-3-2014 08:08 AM
semangat sungguh laaa nak bukak button2 lif sume nak letak bom pelesu
Quote Lina66 12-3-2014 08:16 AM


Jgn betol2 kebaboommmmmmmmmm sudah one day...    

Quote gaara_X 12-3-2014 08:40 AM
hehehehehee...cari dalang je....settle
Quote iniaroonz 12-3-2014 08:42 AM
jahat betull..dah la kecoh pasal MH360 lum jumpa lagi... bikin gempak pulak pasal bom...
Quote budakmanentah 12-3-2014 08:45 AM
xsudah2 nak buat kejahatan
Quote ad_hoc79 12-3-2014 08:55 AM
smlm panggilan palsu bom kat mahkamah melaka. arini kat hotel plak, bom plastik.
dah xde keje sangat ke diorg nih
Quote -electrifying- 12-3-2014 09:31 AM
ltak la btul2
Quote prettyuglybabe 12-3-2014 09:53 AM
takde kerja betul manusia itu..
Quote ultra78 12-3-2014 09:54 AM
Konpom ini mesti kerja pengganas syiah iran

Quote mekya 12-3-2014 10:04 AM
iniaroonz posted on 12-3-2014 08:42 AM
jahat betull..dah la kecoh pasal MH360 lum jumpa lagi... bikin gempak pulak pasal bom...

MH370
Quote Artemesiaa 12-3-2014 11:01 AM
Rosak lifts bertabah le pihak pengurusan untuk membaikinya
Quote nizam49 12-3-2014 11:42 AM
bodo spa yg bt..nk main2 pun agak2 la...
Quote tongkatwaran75 12-3-2014 12:42 PM
keje amatur...

Quote orgkpg 13-3-2014 12:27 PM
keje org xder kerja...
Quote Presiden_Lanun 18-3-2014 01:29 PM
tongkatwaran75 posted on 12-3-2014 06:39 AM
LOKASI dipercayai bungkusan bom dilekatkan di dalam lif.

macam hotel Grand Seasons

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.071946 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top