CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Ajaib

25-11-2014 11:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7297| Komen: 71

Bayi Ajaib

Gambar hiasan


SYDNEY 24 Nov. - Seorang bayi lelaki di Australia boleh dianggap sebagai ‘bayi ajaib’ selepas dia didapati masih hidup walaupun terbiar selama lima hari di dalam sebuah longkang konkrit bertutup di New South Wales tanpa makan dan minum sebelum bayi itu diselamatkan, semalam.

Bayi berusia tujuh hari itu ditemui terbiar dengan dibalut selimut hospital oleh seorang penunggang basikal dan anaknya di dalam sebuah longkang sedalam 2.7 meter yang ditutup dengan kepingan tebal konkrit seberat 199 kilogram.

Sebanyak enam lelaki termasuk tiga anggota polis membantu mengangkat kepingan tebal konkrit itu sebelum bayi itu yang berada di dalam longkang dengan suhu sehingga 37 darjah Celsius tersebut diselamatkan.

Penunggang basikal itu, David Otte yang sedang berbasikal bersama anak perempuannya Hayley, 18, berkata, mereka menyangkakan bunyi ganjil yang mereka dengar dari longkang itu adalah seekor anak kucing.

“Namun, selepas kami turun ke dalam longkang itu, kami boleh mendengar dengan jelas tangisan seorang bayi,’’ katanya, sebagaimana dilaporkan Mirror.co.uk.

Sementara itu, portal BBC melaporkan, polis Australia hari ini mendakwa seorang wanita berusia 30 tahun atas tuduhan cuba membunuh selepas meninggalkan bayinya di dalam longkang di barat Sydney.

Menurut polis, bayi itu berada dalam keadaan tenat tetapi stabil dan mungkin telah hidup selama lima hari di dalam sistem perparitan itu.

Polis percaya bayi itu dilahirkan pada Isnin lalu dan 24 jam selepas itu, kanak-kanak itu ditolak menerusi satu lubang sempit sebelum ia jatuh ke bahagian bawah longkang tersebut.

Bayi itu kini diberi rawatan di Hospital Kanak-Kanak Westmead, Sydney.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 25-11-2014 07:37 AM
memang ajaib..5 hri dlm longkang mcm2 bole jdi..tp takdirnya baby ini lebih kuat dan dilindungi.
Quote tuun 25-11-2014 07:47 AM
Ada malaikat yg lindung bayi ni sbb tu lah bayi ni selamat.
Quote batmana 25-11-2014 08:13 AM
urm...
mana pi pprt yg kata ummah kokusen tkde kes buang bayi?..
Quote Modngengade 25-11-2014 08:16 AM
batmana posted on 25-11-2014 08:13 AM
urm...
mana pi pprt yg kata ummah kokusen tkde kes buang bayi?..

Diorang terkesima uoul....
Quote jojoba_beads 25-11-2014 08:21 AM
mmg ajaib.. suhu mggu lepas dlm 28-40. panas dan kering...
Quote mrsav 25-11-2014 08:45 AM
semoga mak dia dpt balasan yg setimpal..
Quote nolya 25-11-2014 08:58 AM
Apa kepelikan yg terjadi yg diluar logika akal fikiran manusia harus kita sandarkan kpd rahmat Allah s.w.t.  Tiadalah ajaibnya jika kita kembalikan semuanya kpd sang Pencipta.
  
Di sebalik kejadian yg Allah pertontonkan kpd sekalian umat, bayi baru lahir, dibuang,  terbiar tanpa dirawat tetapi masih bernyawa, apakah minda kita tidak terjana untuk menilai apakah hikmah yg ada di sebalik kejadi begitu?  sama2 kita fikirkan.
Quote gula_tebu 25-11-2014 09:59 AM
kat sana pom ada kes gini.
belajar dari study case kat malaysia gamaknya.
Quote sapeka 25-11-2014 10:30 AM
siannye baby tuh
sanggup kan dorang
Quote CrowneGlory 25-11-2014 10:33 AM
Penyakit buang baby bukan hanya di msia... Penyakit global..
Quote musangcomel 25-11-2014 10:37 AM
kesiannya bb tu
bodoh la manusia yg buang bb ni
klu dah taknak sgt g la tinggalkan depan pintu rumah org ke, senang org jumpa n selamatkan
ni buang dlm longkang konkrit, mmg nak bb tu mati gamaknya
Quote bobby2008 25-11-2014 10:40 AM
batmana posted on 25-11-2014 08:13 AM
urm...
mana pi pprt yg kata ummah kokusen tkde kes buang bayi?..

Bukan takde kes, tp peratusannya sgt rendah. Tu pun tak leh pikir, benak sangat.
Quote izabellemylia 25-11-2014 10:40 AM
syukur bayi yg tak berdosa tu selamat..
Quote psychobubble 25-11-2014 11:33 AM
sile letak mak die dok dlm longkang plak yer
biar die rs mcm mn baby tu rs
Quote annehuda 25-11-2014 11:40 AM
kalau kt malaysia ade puteri buluh betung, kt jepun nun ade momotaro, so ape nak herankan?
Quote Mary_jane 25-11-2014 11:50 AM
Miracles happen. Pjg umur baby ni.
Quote lavasalmon 25-11-2014 11:55 AM
Punyer la jauh mak melayu baby ni pi buang anak dia..

Kata barua2 mat salleh masih tak purcaya tuan dia kaki buang bayi jugak..

Quote kekcawan 25-11-2014 02:56 PM
ajal tk sampai lg
Quote lavasalmon 25-11-2014 03:08 PM
STONER posted on 25-11-2014 03:00 PM
ummah sunni saja nk burukkan kokosen la tu. ngesek2 dah nk terberanak pi buang anak kt sana...
...

Taktik lapuk blame org lain ni dgn budak sains cam wa kalu..tak jalan la



Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.078153 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top