"Aidit Terlalu Muda Untuk Saya" - Dynas Tatkala selesa menjalani kehidupan solo selepas berpisah dengan bekas suaminya, Hafizy Hafiz, pelakon jelita, Dynas Mokhtar tidak dapat lari daripada digosipkan dengan kisah hubungannya bersama seorang model dan pemenang pertandingan HIMbyHatta, Ahmad Aidit Noh. Peluang bersua dengan pengacara ini memberi kesempatan kepada Media Hiburan Online untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini. “Apa yang boleh saya katakan, kami hanya berkawan dan tidak sampai ke tahap bercinta. Perkenalan kami bermula apabila Aidit banyak menjadi model untuk butik saya. "Tambahan pula, dia banyak bertanya tentang selok-belok pernigaan kerana dia ingin memulakan jenamanya sendiri. Dia terlalu muda untuk saya, biarlah saya mencari lelaki yang lebih matang," jelas Dynas ketika ditemui di majlis perlantikannya sebagai duta untuk rangkaian produk kesihatan, PhytoScience di Garden Theatre, The Garden Mall. Ditanya mengenai kehidupannya kini, Dynas mengakui lebih banyak menghabiskan masa untuk diri sendiri selain dapat melakukan pelbagai aktiviti yang sebelum ini terpaksa dilupakan buat seketika. "Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan saya. Sekarang, anak-anak pun sudah besar dan inilah peluang untuk saya menghabiskan masa untuk diri sendiri. Malah, saya berkesempatan membuat perkara yang tidak sempat saya buat dulu seperti mengambil lesen menyelam dan lain-lain," ujar Dynas yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul 'Fullhouse' yang bakal ditayangkan di Astro Ceria.
|
dino posted on 22-11-2014 10:52 AM
bkn unik tu syd.... tu tak tau malu.... at least simpan dlm kocek bab2 ni....
sorry to say ke ...
ADVERTISEMENT