Ummi Nazeera Bakal Terajui Program Agama
Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi baru-baru ini, Ummi Nazeera berkata pihak rancangan berkenaan telah melamarnya sejak dua bulan lalu dan sesi penggambaran rancangan TV itu akan bermula dalam minggu ini. “Memang saya tak pernah berhenti berlakon dan saya sedar ramai yang kurang jelas dengan penghijrahan saya ini dan ramai pihak menganggap saya berhenti berlakon. “Sebenarnya tidak, saya masih ingin berlakon dan tidak mengira apa juga bentuk watak asalkan uanya sesuai dengan imej bertudung. Malahan sekarang ini juga saya kerap menghadiri majlis fesyen supaya orang tak ingat saya sudah berhenti sepenuhnya. “Bagaimanapun, Alhamdulillah bermula Isnin ini, saya akan sibuk dengan penggambaran program keagamaan popular di TV3 iaitu Al Hidayah yang mana saya difahamkan program itu nanti akan ditayangkan pada tahun depan. InsyaAllah. “Saya mengambil perkara ini sebagai peluang positif apatah lagi saya sudah beberapa kali berpengalaman menjadi hos untuk program TV. Rasanya ini adalah sesuatu yang baik buat saya,” katanya yang telah ditemui ketika majlis pertunjukan fesyen Khoon Hooi di Kuala Lumpyr Fesyen Weekend baru-baru ini. Menurut Ummi Nazeera, dia sedar bidang pengacaraan mungkin cukup asing buatnya bagaimanapun sedikit pengetahuannya dalam bidang berkenaan ketika menuntut di Australia tidak lama dulu menjadi pemangkin untuk dirinya merebut peluang keemasan berkenaan.
Dari sudut lain, pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa itu sangat teruja untuk mempelajari lebih banyak ilmu dan
pengalaman baru berkaitan agama apabila berpeluang mengendalikan program yang sebelum ini diacarakan oleh Wardina Safiyyah itu. “Apa yang pasti, menerusi program ini nanti saya akan dapat mendalami ilmu agama dengan peluang yang bakal saya alami dan saya juga dapat berkongsi beberapa kebaikan dengan penonton di luar sana. InsyaAllah. “Bagi saya, adalah lebih baik saya menggunakan pendekatan saya sendiri ketika mengacarakan program itu tanpa merujuk mana-mana pihak kerana kalau boleh saya mahu mengacarakan mengikut gaya saya tersendiri tanpa terikut-ikut dengan mana- mana individu,” katanya penuh berkeyakinan. |
5
Bagus |
8
Marah |
13
Terkejut |
8
Sedih |
3
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT