CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Awie Punya Alasan Tidak Menyanyi Di Separuh Akhir Muzik Muzik 29

17-11-2014 12:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17709| Komen: 83

Awie Punya Alasan Tidak Menyanyi Di Separuh Akhir Muzik Muzik 29


Umum mengetahui lagu ciptaan sepenuhnya pengarah Erma Fatima, 'Cinta Makrifat' dapat memasuki pentas separuh akhir Muzik Muzik ke-29. GUA percaya peminat muzik tanah air pastinya tidak sabar untuk melihat gandingan pasangan duet Awie dan Erra Fazira dalam menyampaikan lagu tersebut.

Namun, sayangnya Awie dan Erra tidak akan membuat persembahan dan tempat mereka bakal digantikan oleh penyanyi Ronnie daripada kumpulan Hyper Act dan Marsha Milan Londoh. GUA berpeluang bertemu dengan vokalis kumpulan Wings itu ketika majlis sidang media teater 'Takhta 3 Ratu' di Restoran Bora Ombak pada petang Rabu dan kesempatan ini digunakan GUA untuk mendapatkan komen Awie.

"Buat masa ini saya tak nak masuk mana-mana pertandingan nyanyian kerana bukan masa saya lagi untuk bersaing. Saya hanya mahu menjadi penyokong untuk artis-artis yang ada sekarang,” jelas Awie sambil menafikan dia takut reputasinya jatuh andai lagunya tidak dapat masuk ke peringkat akhir.




“Tak ada kena-mengena dengan reputasi jatuh. Saya tidak kisah sebab saya dah pernah jatuh sebelum ini. Perlu ke saya berada di atas pentas dan dengar siapa yang bakal diumumkan pemenang. Saya tak suka format sebegitu. Saya bukan takut berada dalam keadaan itu tapi saya tak suka dengan keadaan tersebut.

Saya bukan nak memburukkan mana-mana pihak namun bagi saya, kebanyakan pertandingan selalu dipolitikkan. Saya tidak suka benda baik dipolitikkan. Misalnya pertandingan Akademi Fantasia, saya tak nak industri kita dipenuhi dengan undi kesian. Saya nak lihat industri kita dipenuhi dengan orang-orang yang berbakat. Bagi saya, kita kena bagi pendedahan kepada penonton kita supaya mengundi mengikut bakat dan bukannya sebab kesian,” ujar Awie yang mempunyai perancangan untuk menghasilkan program realitinya sendiri.

“Saya ada juga terfikir untuk buat program realiti sendiri bagi mencari bakat baru dan rekrut mereka. InsyaAllah memang ada perancangan tapi sekarang ini cuma kekangan masa sahaja. Walau bagaimanapun bukan saya seorang sahaja tapi pihak lain juga kena buat macam itu untuk selamatkan industri seni tempatan,” tuturnya mengakhiri perbualan.

1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 13-11-2014 08:20 PM
Betul tu, otai mcm awie ni xyah la msuk, skg ptndngn nyanyian bnyk bias pnjurian nya
Quote Orix 13-11-2014 08:23 PM
af n undi kesian??? ada ke??? kalau ada pn student af yg dpt undi kesian tu x menang n x bjaya sbg penyanyi pn. klau nk undi based on bakat, toksah buat undian. guna juri je. Last edited by Orix on 13-11-2014 08:26 PM

Quote izat123 13-11-2014 08:26 PM
Get it. Dia tak suka kot situation diri atas pentas ramai ramai, tunggu keputusan juri. Come on, dia legend kot.
Quote mommymonster82 13-11-2014 08:33 PM
Setuju..dah otai xyahla masuk... Biar bg yg baru2 cipta nama...
Quote mommymonster82 13-11-2014 08:34 PM
izat123 posted on 13-11-2014 08:26 PM
Get it. Dia tak suka kot situation diri atas pentas ramai ramai, tunggu keputusan juri. Come on, dia ...

Yes..awie da tahap legend....
Quote berrygurl 13-11-2014 08:38 PM
Setuju komen dia pasal af..byk undi kesian..endup yg x juara lagi berjaya..
Quote Syd 13-11-2014 08:38 PM
pancit u ols..
tak yah laa masuk

kang kena hencap lagi ngan geng rock kapak..
eh..salah...

geng budak generasi Y
Quote whadda 13-11-2014 08:56 PM
Ok la tuh.. Otai support belakang sudehh.. Cam gegar vaganza tu pon sama.. Dah penah ade nama kot.. Takyah la ltak pengkritik bagai.. Rase tak sanggup nak dengar..
Quote atekome 13-11-2014 09:16 PM
Mcm amy..ella..awie..ct..shiela..they have they own class mcm tk kna nk msk muzik2 n duk ats pntas tunggu nama d panggil
Quote siti_kus 13-11-2014 09:16 PM
Ke tkt malu kalau kalah
Quote Mary_jane 13-11-2014 10:40 PM
Awie ni dh bleh jadi juri ajl. Btw, ronnie dh xbsama dgn hyper act ke?
Quote Suchi 13-11-2014 11:09 PM
so program realiti yg bakal kamu buat tu usin guna undian ke idok?
Quote enchikfitz 13-11-2014 11:29 PM
Ke Sebab lagu.tu very the sendu? Atau Erra yg tak boleh nyanyi live? Bau ikan sangat
Quote Kangkung1M 13-11-2014 11:57 PM
Suchi posted on 13-11-2014 11:09 AM
so program realiti yg bakal kamu buat tu usin guna undian ke idok?

berangan nya mamat poyo ni nk buat prog reality sendiri....prog reality nk carik mak baru utk anak2 ko ke sawie??
Quote setokinpurple 14-11-2014 12:08 AM
dia taknak sudah lah.. bagi jela sape2 bawakkan lagu tu.
ni kan tanding lagu bukan artis
Quote sepitsiput 14-11-2014 12:18 AM
so dia termasuk dlm senarai2 retis yg dah banned AJL?

1. sheila majid
2. siti nurhaliza
3. anuar zain
4. jamal abdillah
5. misha omar

who else?
Quote sepitsiput 14-11-2014 12:22 AM
khas untuk awie

[youtube]PNNJ6Ue31lQ[/youtube]
Quote Kangkung1M 14-11-2014 12:27 AM
atekome posted on 13-11-2014 09:16 AM
Mcm amy..ella..awie..ct..shiela..they have they own class mcm tk kna nk msk muzik2 n duk ats pntas t ...

AJL dulu dgn skrg amatlah berbeza...dulu AJL pertandingan paling berprestige dr semua segi....penganjuran, peserta & lagu2 yg bertanding, pengacara, tema persembahan...semuanya gred A, terbaik
tapi zmn skrg AJL cuma medan pertandingan utk penyanyi2 taraf amatur jer....dah x relevan
Last edited by Kangkung1M on 13-11-2014 12:31 PM

Quote leenaz 14-11-2014 01:13 AM
AJL dulu lagi syok
skrg mcm malas nak layan
kenapa ye...

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.152439 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top