Umum mengetahui lagu ciptaan sepenuhnya pengarah Erma Fatima, 'Cinta Makrifat' dapat memasuki pentas separuh akhir Muzik Muzik ke-29. GUA percaya peminat muzik tanah air pastinya tidak sabar untuk melihat gandingan pasangan duet Awie dan Erra Fazira dalam menyampaikan lagu tersebut.
Namun, sayangnya Awie dan Erra tidak akan membuat persembahan dan tempat mereka bakal digantikan oleh penyanyi Ronnie daripada kumpulan Hyper Act dan Marsha Milan Londoh. GUA berpeluang bertemu dengan vokalis kumpulan Wings itu ketika majlis sidang media teater 'Takhta 3 Ratu' di Restoran Bora Ombak pada petang Rabu dan kesempatan ini digunakan GUA untuk mendapatkan komen Awie.
"Buat masa ini saya tak nak masuk mana-mana pertandingan nyanyian kerana bukan masa saya lagi untuk bersaing. Saya hanya mahu menjadi penyokong untuk artis-artis yang ada sekarang,” jelas Awie sambil menafikan dia takut reputasinya jatuh andai lagunya tidak dapat masuk ke peringkat akhir.
“Tak ada kena-mengena dengan reputasi jatuh. Saya tidak kisah sebab saya dah pernah jatuh sebelum ini. Perlu ke saya berada di atas pentas dan dengar siapa yang bakal diumumkan pemenang. Saya tak suka format sebegitu. Saya bukan takut berada dalam keadaan itu tapi saya tak suka dengan keadaan tersebut.
Saya bukan nak memburukkan mana-mana pihak namun bagi saya, kebanyakan pertandingan selalu dipolitikkan. Saya tidak suka benda baik dipolitikkan. Misalnya pertandingan Akademi Fantasia, saya tak nak industri kita dipenuhi dengan undi kesian. Saya nak lihat industri kita dipenuhi dengan orang-orang yang berbakat. Bagi saya, kita kena bagi pendedahan kepada penonton kita supaya mengundi mengikut bakat dan bukannya sebab kesian,” ujar Awie yang mempunyai perancangan untuk menghasilkan program realitinya sendiri.
“Saya ada juga terfikir untuk buat program realiti sendiri bagi mencari bakat baru dan rekrut mereka. InsyaAllah memang ada perancangan tapi sekarang ini cuma kekangan masa sahaja. Walau bagaimanapun bukan saya seorang sahaja tapi pihak lain juga kena buat macam itu untuk selamatkan industri seni tempatan,” tuturnya mengakhiri perbualan.
Post time 13-11-2014 08:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
af n undi kesian??? ada ke??? kalau ada pn student af yg dpt undi kesian tu x menang n x bjaya sbg penyanyi pn. klau nk undi based on bakat, toksah buat undian. guna juri je. Last edited by Orix on 13-11-2014 08:26 PM
Post time 13-11-2014 08:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ok la tuh.. Otai support belakang sudehh.. Cam gegar vaganza tu pon sama.. Dah penah ade nama kot.. Takyah la ltak pengkritik bagai.. Rase tak sanggup nak dengar..
atekome posted on 13-11-2014 09:16 AM
Mcm amy..ella..awie..ct..shiela..they have they own class mcm tk kna nk msk muzik2 n duk ats pntas t ...
AJL dulu dgn skrg amatlah berbeza...dulu AJL pertandingan paling berprestige dr semua segi....penganjuran, peserta & lagu2 yg bertanding, pengacara, tema persembahan...semuanya gred A, terbaik
tapi zmn skrg AJL cuma medan pertandingan utk penyanyi2 taraf amatur jer....dah x relevan Last edited by Kangkung1M on 13-11-2014 12:31 PM