Lembu Ternakan Didera Pakar perubatan swasta sedang merawat kecederaan yang dialami lembu peliharaan Vasu di ladang berkenaan.
KAPAR - Seorang penggembala lembu kecewa ada pihak disyaki secara sengaja mencederakan lembu peliharaannya di Ladang Harpenden, di sini, Ahad lalu. Tambah menyedihkan apabila kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya sudah berulang kali dan kejadian kali ini disifatkan lebih serius. Mangsa, A Vasu, 56, berkata, 10 ekor lembu peliharaannya mengalami kecederaan akibat ditoreh dengan senjata tajam disyaki sabit pengait kelapa sawit. Beliau yang menggembala lembu sejak 30 tahun lalu berkata, dia menyedari kejadian itu sekitar jam 2 pagi apabila secara tiba-tiba bunyi bising kedengaran datang dari kandang lembu yang terletak tidak jauh dari kediamannya. “Sebaik terdengar bunyi itu, saya segera ke kandang secara diam-diam untuk mengintip. "Sehari sebelumnya, kejadian yang sama berlaku menyebabkan saya tidak senang duduk. “Tetapi pada malam itu, saya bertindak untuk mengintip bagi melihat apa yang terjadi sebenarnya di kandang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau mendakwa, sebaik menghampiri kandang, dia terkejut melihat kelibat seorang lelaki yang dikenali berusia 30-an sedang menoreh lembunya menggunakan sabit. “Saya tak berani hendak menjerit sebab takut diserang lelaki itu. Saya lihat dia seperti sedang mabuk. “Saya membuat laporan polis di Balai Sungai Kapar Indah dan saya harap agar tindakan lanjut diambil terhadap lelaki itu,” katanya. Menurutnya, lelaki itu sudah lama dikenalinya yang juga bekas pekerjanya. “Dia sudah berhenti kerja dua tahun lalu dan saya perhatikan dia kerap mabuk dan pernah bertindak sedemikian. “Ini bukan kejadian pertama, sebelum ini, dia pernah cederakan kambing peliharaan saya,” dakwanya. Katanya, pihaknya berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan. “Saya kerugian lebih RM1,000 untuk kos rawatan ke atas 10 lembu peliharaan saya menerusi agensi swasta. “Pada saya ini perbuatan khianat tetapi mujurlah haiwan peliharaan saya terselamat,” katanya.
|
11
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
2
Sedih |
9
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
clarizsa posted on 14-11-2014 12:49 PM
lembu dia berkeliaran merata ke?
i slalu heran nape india hindu ternak lembu? dorang jual ke utk ...
musangcomel posted on 14-11-2014 12:51 PM
jahanam punya manusia
apa la dosa lembu tu
kejamnya, ngeri aku tgk badan lembu kene toreh
makneng posted on 14-11-2014 02:04 PM
lembu tu berak depan rumah dia agaknya noks...
apa2 pun x dtg pekdah toreh badan lembu nih, darah ...
famri7 posted on 14-11-2014 01:00 PM
Itulah sis..saya heran dengn degree of terroism di kalangan ummah skrang......sambil2 cederakan lem ...
ADVERTISEMENT